MERAWAT PENYAKIT RHEUMATOID ARTHRITIS @ SAKIT SENDI TULANG @ SAKIT TULANG
Kembali lagi kisah pengalaman perawat dalam jejak rawatan dan perubatan setelah lama tidak muncul dari bulan November dan Disember 2017 kerana banyak urusan yang yang perlu diselesaikan selain cuti persekolahan dan juga merawat di luar kawasan. Kisah kali ini memaparkan perawat telah dihubungi oleh seorang kenalan kepada seorang pesakit fizikal yang meminta untuk diikhtiarkan merawat penyakitnya.
Awal bulan Ogos 2017, perawat telah dipanggil oleh seorang kawan untuk datang ke rumahnya di Bayan Lepas, Pulau Pinang bagi merawat seorang kawannya yang dikatakan kritikal kerana satu penyakit yang tidak diketahui.
Setiba perawat di rumah kawan, kami menunggu pesakit datang. Beberapa minit kemudian, pesakit lelaki tiba dengan dipapah masuk dan dibaringkan di ruang tamu. Perawat bertanyakan pesakit jika ada tanda-tanda yang berlaku pada dirinya. Pesakit memberitahu bahawa dirinya susah tidur, demam tak tentu masa dan dari bahagian pusat turun ke bawah hingga ke tapak kaki, terasa seperti terbakar panas sambil dia mengerang menahan sakit. Pesakit meminta perawat cuba melihat sama ada pesakit terkena buatan orang ataupun tidak, dengan pekerjaannya sebagai pengawal keselamatan.
Setelah sesi rawatan dijalankan, perawat mendapati ini hanyalah penyakit fizikal dan tiada gangguan yang melibatkan jin atau buatan orang. Perawat bertanya pada isteri pesakit samada suaminya telah dibawa ke klinik atau hospital. Dimaklumkan pemeriksaan hanya di klinik panel dan doktor memberitahu penyakitnya bernama Rheumatoid Arthritis. Perawat menanyakan dalam bahasa melayu penyakit ini disebut apa. Tidak ada seorang pun yang hadir tahu makna saintifik yang disebutkan. Walau apapun, perawat meneruskan rawatan.
Perawat berikhtiar fokus sepenuhnya dan menarik keluar zat-zat penyakit yang menyebabkan tubuh pesakit panas. Berkali-kali dibuang dari perut sehingga ke kaki. Ternyata tangan perawat sendiri terasa panasnya yang ditanggung pesakit. Boleh jadi kanser tulang, terfikir di hati perawat kerana sel kanser juga bersifat panas. Setelah hampir-hampir 2 jam merawat, barulah pesakit tidak lagi meraung dan rasa panas terbakar pun hilang hampir 90%. Tetapi tapak tangan perawat yang terasa kebas dek kepanasan yang dikeluarkan. Setelah pulang ke rumah, perawat mencari sedikit jawapan tentang penyakit tersebut dan mendapati penyakit ini dikenali dengan nama Sakit Sendi Tulang atau Sakit Tulang atau hampir kepada barah tulang.
Pesakit telah dirawat hampir 10 kali dan selepas kali keempat rawatan, pesakit telah ditahan di Hospital Besar Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut sekalipun sakitnya telah berkurang banyak. Walaupun ditahan di wad hospital, perawat tetap meneruskan rawatan ke Hospital Besar Pulau Pinang sehingga hilang kesakitan yang dialaminya cuma hanya sakit di tapak kakinya seperti ada air bisa yang terkumpul. Doktor telah mengambil sampel darah, air kencing dan x-ray tetapi tidak mendapati sebarang virus atau bakteria jangkitan menyebabkan doktor kebingungan sehingga tersalah bagi antibiotik yang menyebabkan pesakit gatal-gatal satu badan seperti kelopak garam. Perawat terus menawarkan antibiotik tersebut dan keesokan harinya, pesakit tidak lagi gatal dan kelopak garamnya hilang.
Perawat juga telah membekalkan ramuan herba bagi membantu mempercepatkan kesembuhan. Ubat hospital juga telah dikenalpasti yang bersesuaian dengan pesakit. Hanya selepas Hari Raya Aidil Adha, barulah pesakit dibenarkan pulang ke rumah dan kesembuhan hampir 90%.
Hingga setakat itu saja perawat mampu ikhtiarkan dan selebihnya pesakit perlu mencari ramuan herba yang bersesuaian untuk membantu memulihkan penyakitnya itu.
Teruskan meniti kisah pengalaman berikutnya dalam jejak rawatan dan perubatan menelusuri pengalaman misteri, aneh, ganjil dan pelik tetapi benar-benar berlaku...
~Tuan Muhammad Faiz al-Prawis~
No comments:
Post a Comment