Kisah kali ini pengalaman perawat merawat seorang pesakit wanita yang berlokasi di Bayan Lepas Pulau Pinang pada hujung bulan Ogos 2017.
Dahulunya pesakit wanita ini seorang peniaga makanan sebelum ditimpa musibah dan kemalangan motosikal ke atas dirinya yang membawa kepada beristirehat di rumah sepanjang masa. Tempoh gejala telah berlanjutan selama 5 tahun yang menyebabkan pinggang belakangnya menanggung sakit yang kuat selain urat saraf sebelah kaki kirinya seperti tertarik ke atas dan pesakit berjalan seperti orang tempang. Pemeriksaan klinikal telah dilakukan dan doktor hanya menyatakan tiada apa-apa masalah pada pinggang belakangnya sedangkan pesakit tetap merasa sakit setiap hari. Doktor juga menyatakan tiada tulang yang patah atau bermasalah dan tarik urat tersebut mungkin disebabkan kemalangan jatuh motosikal. Juga terdapat sedikit kebocoran cecair pada tepi buah pinggang kirinya dan telah dibedah untuk dibuang cecair tersebut 3 tahun lalu.
Pesakit pernah berikhtiar berubat cara kampung dengan bomoh dan seorang perawat. Dikatakan oleh mereka, pesakit terkena buatan orang. Jika benar dan ada bukti, kenapa tidak bomoh dan perawat tersebut merawat pulih tetapi pesakit masih sakit di tahap yang sama. Itu yang ditanya perawat kepada pesakit. Perawat tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang terbabit jika benar ada tuju-tuju atau lain-lain sekalipun terdapat kesahihan dari cerita pesakit supaya tidak berlaku fitnah dalam tuduh-menuduh tanpa bukti yang kukuh agar dosa fitnah tidak berterusan. Apa yang penting, pesakit pulih dari gangguan.
Antara simtom-simtom gangguan yang berlaku pada pesakit selama tempoh 5 tahun ialah kerap nampak kelibat di dalam rumah, rasa diri didekati sesuatu, susah tidur kerana gangguan, kerap terjaga malam tanpa sebab, terdapat lebam-lebam pada kaki, badan kadang-kadang terasa panas dan sejuk di bahagian sebelah kiri hingga ke buku lali.
Ketika sesi rawatan pertama, perawat membuang zat jahat yang terdapat di bahagian kepala dan belakang badannya. Turun ke pinggang di tempat yang sakit, perawat mengesan sesuatu tetapi belum dipastikan sama ada zat jahat ataupun kehadiran jin perosak. Setelah mengunci pergerakan di dalam pinggang belakang, maka perawat secara makrifat menarik sesuatu keluar dari dalam pinggang. Menjerit kesakitan pesakit bila sesuatu dikeluarkan. Genggaman tangan perawat meronta-ronta seperti sesuatu minta dilepaskan. Ternyata tertangkapnya jin perosak yang telah lama duduk di pinggang pesakit yang menyebabkan pesakit menanggung sakit yang kuat dan keputusan klinikal tiada penjelasan.
Maka jin perosak tersebut dibunuh mati serta merta. Genggaman kedua ditarik keluar, menjerit kesakitan pesakit ketika terdapat seekor lagi jin perosak yang tertangkap meronta-ronta dalam genggaman perawat lalu perawat membunuh mati serta merta. Baru dirasakan lega dan ringan di pinggang pesakit tersebut. Kemudian diteruskan pengesanan zat jahat di bahagian lain untuk dimusnahkan.
Pada sesi rawatan kedua, masih terdapat sisa-sisa zat jahat di bahagian tertentu dan dimusnahkan. Masalah urat saraf adalah penyakit fizikal yang mungkin berpunca dari perbuatan jin-jin perosak tersebut atau punca kemalangan motosikal. Simtom-simtom gangguan yang berlaku sebelum rawatan pertama telah tiada lagi selepas dari sesi rawatan pertama tersebut. Kelihatan pesakit nampak pulih banyak dan lega dari kesakitan.
Seterusnya diteruskan sesi rawatan ketiga dan rawatan fizikal untuk memulihkan kembali sel-sel dalaman, otot-otot serta tulang-tulang yang bermasalah selain pesakit telah mengambil 5 botol ubat herba untuk ikhtiar dipulihkan. Walaupun tidak 100% pulih kaki kirinya tetapi 95% bertambah baik. Proses seterusnya pesakit perlu mencari tukang urut wanita bagi memperbetulkan urat-urat simpul dan bermasalah akibat gangguan.
Nantikan kisah pengalaman seterusnya dalam jejak rawatan dan perubatan perawat menempuh pelbagai masalah dan gangguan misteri, aneh, ganjil dan pelik tetapi keberadaannya muncul di merata tempat...
~Tuan Muhammad Faiz PerIDaDo~
#al-faiz-al-falah.blogspot.my
#jinmenumpang
#gangguanjin
#sakiturat
#kemalanganpelik
#misteri
No comments:
Post a Comment