September 2017, pesakit adalah isteri kepada seorang pegawai polis yang berlokasi di Air Itam Pulau Pinang. Perawat telah direkemenkan oleh abang kepada pesakit, untuk berikhtiar merawat adiknya yang menghadapi ketumbuhan yang terdapat di dalam payudara sebelah kirinya.
Ketika perawat sampai di rumah pesakit, kelihatan begitu banyak produk-produk kesihatan dalam pelbagai bentuk kapsul, pil, serbuk, botol dan makanan yang telah dibeli dari seseorang yang menggelarkan dirinya seorang profesor dari sebuah universiti di Kuala Lumpur. Pesakit menceritakan setelah merasakan dirinya tertipu, masih wujud banyak lagi peniaga-peniaga penipu terutama di kalangan status kelas atasan seperti profesor, phD, pensyarah, peguam dan lain-lain yang berani mengiktiraf bahawa produk kesihatan yang dipromosi mereka mampu menyembuhkan semua jenis penyakit walhal produk kesihatan tersebut hanyalah sebagai membantu menambah zat makanan dan bukannya merawat semua jenis penyakit seperti yang didakwa dakwi. Diceritakan juga oleh pesakit, disebabkan status panggilan profesor, harga produk-produk kesihatan yang dimakannya itu mesti dibayar sebanyak RM40,000 sehinggakan pesakit terpaksa menjual kesemua barang kemasnya, keretanya, keluarkan semua duit simpanannya serta terpaksa membuat pinjaman bank semata-mata hendak merawat ketumbuhan payudaranya itu. Sedangkan produk-produk tersebut boleh didapati di farmasi-farmasi atau kedai-kedai yang menjual makanan kesihatan dengan harga keseluruhan yang tidak lebih RM2000.
Tiga bulan lamanya pesakit memakan produk-produk tersebut serta dinasihati profesor tersebut supaya pesakit hanya dibolehkan memakan nasi dan sayur sehingga sembuh. Dari badan berisi menjadi kurus dan cengkung, telah menyebabkan pesakit kemurungan dan kerap beremosi disebabkan ketumbuhan masih belum pulih dan ansuran pembayaran kepada profesor tersebut masih berjalan setiap bulan kerana masih berhutang.
Sesi rawatan pertama bermula, perawat memakrifatkan pada tempat keberadaan ketumbuhan tersebut tanpa sentuhan. Seakan-akan pesakit berkerut-kerut menahan sesuatu. Bila ditanya, pesakit menyatakan seperti ada aura yang keluar dari tapak tangan perawat dan berdenyut-denyut pada ketumbuhan tersebut seperti panas. Perawat kemudiannya melembutkan jurus agar bersesuaian dengan pesakit untuk menanggung rasa. Perawat telah membawa ubat herba tradisional yang telah pun ada testimoni masalah ketumbuhan dan kanser dipulihkan sepenuhnya. Pesakit telah mengambil sebotol dan berikhtiar.
Pada rawatan kedua juga telah difokuskan yang kemudiannya pesakit mengalami tekanan jiwa disebabkan terlalu banyak memikirkan keadaan dirinya dan masalah-masalah lain, jadi pesakit meminta putus ubat untuk dia menyambung dengan perubatan moden dan pakar kaunseling.
Sehingga setakat itu sahaja rawatan ke atas pesakit yang lebih berkeyakinan dengan perubatan moden. Tidak diketahui lagi bagaimana keadaan pesakit selepas dari itu.
Bersama menelusuri pengalaman-pengalaman perawat seterusnya dalam jejak rawatan dan perubatan merawatpulih gangguan-gangguan aneh, misteri, ganjil dan pelik tetapi benar-benar terjadi di luar sana...
~Tuan Muhammad Faiz PerIDaDo~
#ketumbuhan
#zajahat
#zatpenyakit
No comments:
Post a Comment