Wednesday, January 31, 2018

*Pengalaman Merawat Masalah Pundi Kencing, Rahim dan Haid Tidak Teratur Eps 44*

*MERAWAT MASALAH PUNDI KENCING, RAHIM DAN HAID TIDAK TERATUR*

Pengalaman kali ini adalah merawat masalah penyakit fizikal yang kebanyakannya melanda kaum wanita baik yang bujang mahupun yang telah atau pernah berkahwin kerana tidak mengambil inisiatif untuk menjaga kesihatan tubuh badan dengan baik serta pemakanan yang bersesuaian.

Kes kali ini berlaku pada bulan Ogos 2017, perawat telah dijemput oleh pesakit untuk merawat anak perempuannya yang telah diganggu jin di Bayan Lepas Pulau Pinang. Selesai rawatan dengan anak perempuannya, barulah pesakit meminta untuk diagnos (scan) masalah dirinya di mana pesakit terlalu kerap kencing walaupun hanya minum setengah cawan air, masalah pada rahimnya yang tidak boleh mengandung dan haid bulanan yang tidak teratur.

Pada rawatan pertama, perawat mendapati terdapat zat jahat yang terkumpul pada bahagian pundi kencing serta bahagian perut. Setelah dibuang dan dimusnahkan sepenuhnya, pesakit dirawatpulih selama setengah pada bahagian-bahagian yang dinyatakan ada masalah. Pada rawatan kedua, didapati tiada lagi unsur-unsur zat jahat yang bertapak tetapi pundi kencingnya seperti mengalami sedikit bengkak seperti yang dimaklumkan pesakit. Rawatan pemulihan organ dalaman yang bermasalah diteruskan. Pada rawatan ketiga, masih lagi diteruskan rawatan pemulihan.

Mengikut keterangan pesakit, selepas rawatan kedua dibuat, terdapat perubahan di mana kekerapan kencing mula berkurangan dan setelah selesai rawatan ketiga, keadaan pundi kencing yang sebelum itu bengkak telah pulih seperti sediakala dan normal.

Teruskan bersama perawat dalam pengalaman-pengalaman berikutnya yang lebih kepada memberi pelajaran dan pengajaran bagi masyarakat untuk lebih faham tentang hakikat dan makrifat sesuatu pengetahuan dan kejadian supaya tidak sentiasa ditipu oleh andaian-andaian dan permainan pemikiran nafsu sendiri tanpa rujukan dan belajar dari guru yang mursyid.

~Tuan Muhammad Faiz PerIDaDo~

Kredit Video Link:

https://youtu.be/PUTjJEYNIK4

No comments:

Post a Comment