Thursday, March 8, 2018

*Pengalaman Merawat Gangguan Jin Saka Eps 54*

MERAWAT GANGGUAN JIN SAKA

Penghujung Oktober 2017, perawat dipanggil untuk merawat seorang pesakit wanita tua yang telah bersara di kawasan Batu Lanchang, Pulau Pinang.

Semasa sesi temubual dijalankan, pesakit memberitahu gangguan jin telah berlaku selama lebih 37 tahun ketika pesakit masih belasan tahun lagi bermula di sekolah menengah. Arwah ayah pesakit berasal dari Indonesia dan telah berkahwin dengan arwah ibu mereka yang berasal dari Malaysia. Mengikut kisah pesakit, arwah ayahnya mengamalkan suatu amalan ilmu yang salah yang dibawa dari Indonesia. Setiap hari Khamis malam Jumaat, ada suatu upacara pelik yang dilakukan oleh arwah ayahnya kononnya untuk menjaga rumah, menjaga keluarga, menarik rezeki dan sebagainya sehinggalah saat arwah ayahnya nazak, upacara pelik tersebut tidak dapat diteruskan. Dari situ bermulalah gangguan-gangguan misteri di dalam rumah mereka di mana arwah ibu, pesakit dan adik perempuannya kerap kerasukan, bunyi-bunyian pelik di dalam rumah dan gangguan kelibat ketika di rumah kampung. Apabila tidur malam, kabus putih memenuhi ruangan rumah lama mereka.

Pesakit tidak pernah berikhtiar berubat selama tempoh itu dan kekurangan didikan ilmu agama disebabkan arwah ayah hanya mengamalkan ilmu batil dan tidak pada ajaran Islam yang sebenar. Sehingga pesakit telah berumahtangga dan mempunyai anak, gangguan tersebut masih berterusan.

Di antara simtom-simtom yang berlaku ialah pesakit kerap nampak kelibat di dalam rumah, kerap nampak susuk jelmaan jin di hujung katil, sentiasa rasa didekati dan diperhatikan di dalam rumah, mimpi buruk bertemu hantu, kerap terjaga malam akibat gangguan, kerap ditindih dan disetubuh sehingga klimaks dan terdapat lebam-lebam di betis dan pahanya. Anak perempuan pesakit juga mengalami lebam-lebam di betis dan paha.

Ketika sesi rawatan pertama, zat jahat di beberapa tempat di tubuh pesakit dimusnahkan selain dipulihkan diri pesakit. Pertalian perjanjian saka diputuskan. Setelah selesai, perawat menyatakan untuk rawatan susulan kedua. Mungkin kerana tidak pernah lihat kaedah rawatan perawat atau tidak yakin dengan cara perawat, pesakit tidak mahu menyambung rawatan susulan. Wallahu'alam. 

Sehingga setakat itu sahaja sesi rawatan pesakit. Buat masa ini, setelah kematian ibu mereka, hanya pesakit, anak perempuannya dan adik perempuannya yang masih lagi mengalami gangguan jin saka. Adik perempuan pesakit dimaklumkan masih kerap terjadi kerasukan tidak tentu masa sehingga ke hari ini. Pesakit ada menyatakan seperti dia tidak mahu meninggalkan nikmat kepuasan hubungan bersama dengan jin saka itu memandangkan suaminya sudah tidak mampu dari segi batiniah tetapi harus diingat bahawa penyakit-penyakit misteri yang tidak dapat diselesaikan oleh doktor pakar, bakal timbul hasil perbuatan jin apabila sampai masanya jasad sudah lemah dan kendur, sepertimana pernah kes-kes terdahulu perawat merawat masalah kemaluan wanita bernanah, kemaluan wanita keluar air berbau longkang, kemaluan wanita menjadi gatal dan berkudis akibat hasil persetubuhan dengan bangsa jin.

Inilah beberapa situasi pelik dari kerenah pesakit, apabila mengalami gangguan, dipanggil perawat untuk merawat diri mereka, bila dirasakan nikmat di alam maya itu bakal hilang dan tidak mungkin mendapat peluang itu lagi, terus tidak mahu merawat dirinya semula.

Nantikan seterusnya kisah pengalaman perawat dalam jejak rawatan dan perubatan menangani gangguan-gangguan misteri, aneh, ganjil dan pelik tetapi berlaku dalam masyarakat sekeliling.

~Tuan Muhammad Faiz PerIDaDo~

#gangguanjin
#jinsaka
#salahamalilmu
#pengamalilmuhitam

No comments:

Post a Comment