Monday, March 5, 2018

*Pengalaman Merawat Bayi Menangis Eps 52*

MERAWAT BAYI MENANGIS

Pada pertengahan November 2017, perawat telah dihubungi pada sebelah petang oleh seorang wanita diminta untuk merawat bayi perempuannya berumur 4 bulan, yang telah lebih 2 bulan tidak henti-henti menangis setiap hari. Lokasi rumah pesakit adalah di Sg Dua bahagian pulau, Pulau Pinang.

Mengikut keterangan ibu pesakit, anak perempuannya itu telah dibawa ke klinik, hospital dan doktor pakar tetapi tiada keputusan klinikal yang menyatakan bayi tersebut mengalami sebarang penyakit berat melainkan kembung perut. Hanya ubat kembung perut dan krim sapuan perut saja yang diberikan oleh doktor. Walaupun telah beberapa kali diperiksa termasuk penggunaan ultrasound, anak perempuan tersebut tetap menangis tidak tentu masa sekalipun telah diberi 2 botol susu seolah-olah keadaannya lapar dan lapar.

Pada sesi rawatan pertama, perawat mendapat suatu tanda di dalam perut bayi seperti ada masalah radangan. Jadi perawat meminta semula ibunya membuat pemeriksaan penuh bagi memastikan organ dalaman perut bayi perempuan itu tiada masalah. Kemudian menghubungi semula perawat untuk ikhtiar berikutnya.

Setelah 2 minggu, perawat dihubungi semula untuk teruskan rawatan setelah ujian pemeriksaan doktor telah dijalankan dan doktor mengesahkan tidak ada apa-apa masalah melainkan perutnya kembung.

Semasa sesi rawatan kedua, perawat berdoa agar Allah memberi petunjuk permasalahan yang berlaku pada bayi tersebut. Tiba-tiba tangan kanan perawat digerakkan ke mulut bayi dan jari telunjuk perawat dimasukkan ke dalam mulut bayi untuk dihisap. Sambil berdoa, berzikir dan membaca beberapa potong ayat al-Quran, bayi tersebut terus menghisap jari telunjuk perawat hampir 10 minit lamanya. Setelah selesai dan merasa puas, jari telunjuk perawat dilepaskan dari mulut dan bayi tersebut terus diam tidak menangis. Perawat masih menunggu sehingga hampir 15 minit untuk melihat sekiranya bayi tersebut masih menangis, tetapi bayi tersebut hanya diam sambil mendengar kami semua bersembang. Air minum dan mandian dibekalkan kepada bayi perempuan tersebut dan rawatan selesai sehingga setakat itu.

Setelah dari itu, tiada lagi panggilan daripada ibunya di mana jika bayinya masih lagi menangis, perawat meminta ibunya menghubungi perawat semula.

Teruskan bersama siri pengalaman-pengalaman perawat yang lain dalam jejak rawatan dan perubatan berhadapan dengan situasi misteri, aneh, ganjil dan pelik tetapi berlaku di mana-mana.

~Tuan Muhammad Faiz PerIDaDo~


#al-faiz-al-falah.blogspot.com
#fb:PerubatanIkhtiarDanDoa
#perawat-islam.blogspot.my/p/khidmat-rawatan-islam.html?showComment=1499784962972&m=1

No comments:

Post a Comment