Julai 2017, detik pengalaman perawat seterusnya menerima jemputan daripada sebuah keluarga yang tinggal di Sg. Ara Pulau Pinang, untuk mengubati anak sulungnya yang berumur 9 tahun, yang dikatakan telah 6 tahun mengalami gangguan sawan tarik.
Sebelum ini, perawat telah pernah ada pengalaman, ketika masih berada di Pusat Rawatan Prawis, merawati seorang pelajar sekolah berusia 12 tahun yang mengalami gangguan sawan tarik. Jadi mudah bagi perawat untuk berikhtiar merawati pesakit yang terkena gangguan ini.
Ketika sesi soal jawab dengan ibubapa kepada budak ini, beberapa perkara telah ditanya oleh perawat bagi mengenalpasti punca bermulanya gangguan 6 tahun yang lalu. Diceritakan, anak mereka kerap tidur berjalan (sleep-walking) sejak berumur 3 tahun, kerap masuk ke dalam hutan berseorangan di kampung sebelah ibunya seperti seseorang menuntun tangannya ke situ. Pernah suatu ketika, anaknya hilang dari rumah neneknya pada tengah malam dan ibubapanya meminta bantuan jiran-jiran berdekatan untuk operasi mencari pada malam itu juga. Akhirnya telah berjumpa anaknya tidur di bawah sepohon pokok rendang yang akarnya tertonjol-tonjol keluar dari tanah. Kejadian tidur berjalan (sleep-walking) ini telah berlaku beberapa kali dan hasilnya masih sama iaitu berjumpa anaknya tidur di bawah pokok yang sama tidak jauh dari rumah neneknya itu. Bila ditanya, anaknya itu tidak sedar yang dirinya berjalan, mengapa dia tidur di bawah pokok dan katanya dia nampak seseorang datang padanya, memegang tangannya dan pimpin dia mengikuti langkah orang tersebut.
Sebelum memulakan sesi rawatan, perawat bertanya pada budak tersebut, sebelum terjadi tubuhnya mengerekot tertarik sawan, adakah dia nampak makhluk tersebut datang kepadanya, maka dijawabnya ya. Perawat bertanya lagi sebesar manakah makhluk tersebut. Dia menunjukkan di suatu sudut rumah, jarinya menuding ke sebuah beg kembara pakaian yang besar. Katanya makhluk itu sama besar dengan beg tersebut berwarna hitam akan datang dan hinggap di bahu kirinya serta merta sawan tarik berlaku. Kemudian dia memberitahu bahu kirinya kerap lenguh seperti ada sesuatu yang berpaut. Kerap nampak kelibat di dalam rumah dan selalu sakit kepala tanpa sebab.
Selama 6 tahun, ibubapanya telah membawa anak mereka ke hospital dan klinik jika berlaku sawan. Mengikut keputusan klinikal, tiada sebarang ubat yang tepat untuk penyakit sawan dan pesakit hanya diberikan panadol dan ubat penenang diri. Maka perawat meneruskan sesi rawatan dan telah memutuskan perhubungan makhluk tersebut dengan budak itu di samping memberi amaran keras kepada makhluk itu, merawat pulih tubuhnya serta membuang zat jahat seperti berbentuk siput babi sebesar dua tapak tangan orang dewasa di sebelah bahu kirinya. Selesai rawatan, budak tersebut menyatakan bahu kirinya lapang dan ringan, tiada lagi lenguh-lenguh dan tidak lagi kelihatan kelibat dalam rumah. Terkejut ibunya kerana selama 6 tahun itu, anak sulungnya tidak pernah memberitahu akan hal seperti yang dia maklumkan pada perawat.
Pada sesi rawatan kedua, tiada lagi sakit kepala, kelihatan kelibat dan lenguh di bahu kirinya. Rawatan didefinasikan sebagai gangguan jin luaran dan selesai setelah dirawat pulih sepenuhnya. Bapanya memberitahu untuk cuba mengurangkan pengambilan ubat-ubat hospital sedikit demi sedikit sehingga tidak lagi bergantung pada ubat hospital/klinik yang memungkinkan timbul gejala kerosakan organ dalaman yang lain tetapi perawat menyarankan supaya dalam tempoh 7 hari selepas selesai rawatan, jangan diberi sebarang ubat hospital/klinik kerana anaknya itu tiada sebarang penyakit fizikal dan sakit yang dialaminya itu hanya berpunca dari gangguan makhluk ghaib. Cuma perlukan pemerhatian dalam tempoh itu untuk mengesahkan sama ada simtom gangguan masih wujud atau tidak. Alhamdulillah, setelah 7 hari, anaknya dimaklumkan pulih dan tidak lagi perlu memakan ubat-ubat hospital setiap hari bagi mengelakkan gangguan sawan tarik.
Kepada pembaca-pembaca blogspot peribadi dan fb perawat, seandainya ada penyakit yang didapati tiada sebarang keputusan klinikal mahupun hospital yang menyatakan tiada sebarang penyakit, maka halnya itu bukan lagi kerja bagi seorang doktor untuk merawat. Ikhtiarlah dengan perawat-perawat Islam yang boleh dipercayai, jujur, tidak mengambil kesempatan dan tidak menggunakan khidmat khadam/jin seperti yang banyak terjadi pada masa sekarang berdasarkan pengalaman-pengalaman pesakit menceritakan ada perawat-perawat yang menggunakan status Ustaz, yang meminta pengeras dengan jumlah wang yang ganjil, ada yang meminta dibawakan barang-barang tertentu tetapi susah dicari, ada yang sangka-sangka menafsirkan asbab penyakit akibat hasad iri hati jiran tetangga atau ahli keluarga atau rakan sekerja tanpa sebarang bukti yang kukuh, ada perawat yang suka mereka cerita punca penyakit adalah disebabkan saka keturunan atau pesakit menyimpan barang-barang mistik di dalam rumah walhal pesakit sebenarnya mengalami simtom lain dan bermacam-macam cerita lagi yang perawat dengar dari kisah-kisah pesakit sendiri termasuk perawat yang menggunakan kemenyan, keris, buluh dan sebagainya. Berhati-hatilah dalam menilai dan jika ada keraguan, undurlah diri dari meneruskan rawatan yang meragukan.
Nantikan kisah seterusnya pengalaman perawat berikhtiar merawati pesakit-pesakit gangguan misteri, aneh, ganjil, pelik tetapi benar-benar berlaku pada akhir zaman ini di mana sihir dan permainan jin mula membiak dan berkembang sebelum ketibaan makhluk yang dinamakan Dajjal.
Jika ada di antara anda yang merasa ingin memiliki ilmu perubatan sunnah untuk menolong mereka yang memerlukan atau menjadi seorang perawat yang mengikut landasan syariat dan hukum syarak, bolehlah pm/hubungi/WA/sms kepada perawat untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan. Khidmat perawat yang benar amat diperlukan pada akhir zaman ini.
Kesembuhan Dengan Kembali Kepada Allah
~Tuan Muhammad Faiz PerIDaDo~
Kesembuhan Dengan Kembali Kepada Allah
~Tuan Muhammad Faiz PerIDaDo~
#PerIDaDo
#PerubatanIktiarDanDoa
#SawanTarik
#GangguanJin
Salam tn faiz. Blh berikan contact number utk di hubungi.
ReplyDeleteNama tuan dan dari mana?
DeleteAssalamualaikum nak no tuan
DeleteTuan nak nombor tuan
Delete01116179976. Boleh juga rujuk di page pertama "Mukadimah" tentang saya. Terima kasih.
DeleteSalam tuan, boleh dapatkan no fon?
ReplyDelete