Saturday, August 26, 2017

*Pengalaman Merawat Kes Gangguan Jin Luaran Eps 16*

GANGGUAN JIN LUARAN

Gambar perawat sedang merawat pesakit di Hospital Slim River

Pengalaman berikut terjadi pada bulan Disember 2016. Ketika itu perawat masih lagi berada di Pusat Rawatan Ikhtiar AsSoffa (PRAWIS) yang berlokasi di Rawang. Pada masa itu hanya ada 3 orang ustaz sahaja yang bertugas (termasuk perawat) dan Pengasas Prawis berada di pusat rawatan.

Lebih kurang sebelah petang selepas zohor, pusat rawatan mendapat panggilan untuk diminta hadir ke Hospital Slim River bagi merawat seorang pesakit yang dimaklumkan terkena gangguan misteri sehingga doktor dan jururawat hospital tidak dapat mengklasifikasikan simtom apa yang berlaku pada pesakit.

Pada petang selepas solat Asar, perawat bersama sahabat seguru, Tuan Jumadin bertolak dari Rawang ke Hospital Slim River untuk memulakan jejak rawatan pesakit. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit untuk sampai ke destinasi. Kami sampai pada masa yang bersesuaian dengan waktu lawatan dan terus menuju ke wad pesakit seperti yang telah dimaklumkan oleh pesakit.

Setibanya kami di katil pesakit, sesi temubual bermula. Pesakit berasal dari Tapah. Keadaan simtom yang berlaku pada pesakit adalah pendarahan tidak henti-henti keluar dari celah-celah giginya, kedua tangan dan kaki mempunyai banyak kesan lebam berbentuk bulat, tidak boleh tidur malam disebabkan sakit yang ditanggung, mengalami mimpi buruk dan mengikut keputusan doktor, platlet darah putih dalam badannya turun mendadak sehingga ke peratusan yang amat sedikit. Yang peliknya, doktor telah memasukkan 5 pine (bungkus) darah ke badan pesakit dan didapati 3 pine darinya telah hilang dari tubuhnya. Ini menambahkan kerunsingan pada doktor yang merawat dan doktor mahu mengambil keputusan untuk mengambil air tulang belakang bagi mengkaji dan mengenalpasti jenis penyakit. Disebabkan ini, kami dipanggil untuk ikhtiar merawat secara alternatif.

Perawat memulakan rawatan ke atas pesakit. Didapati terdapat zat-zat jahat di beberapa tempat pada bahagian tubuh pesakit dan diikhtiarkan untuk dimusnahkan. Setelah selesai rawatan perawat, berikutnya disambung oleh sahabat perawat untuk pemeriksaan kedua serta pemulihan. Rawatan selesai pada waktu maghrib dan setelah selesai menunaikan solat maghrib kami berangkat pulang ke pusat rawatan.

Rawatan susulan telah disambung seterusnya sehingga pesakit menjadi normal seperti sediakala dan boleh pulang ke rumah. Rawatan diteruskan sehingga ke rumah pesakit atas permintaan. Didapati terdapat beberapa ekor jin yang menghuni dan menyebabkan penghuni rumah menjadi sakit. Tindakan pemulihan dijalankan dan jin-jin tersebut dibunuh kerana memberi kemudharatan kepada penghuni rumah.

Setelah beberapa hari, sahabat perawat bertanyakan khabar pesakit dan dikatakan tiada lagi gangguan yang terjadi samada pada diri mahupun dalam rumahnya. Kes simtom diklasifikasikan sebagai gangguan jin luaran.

Ikuti kisah dan pengalaman seterusnya bersama jejak rawatan perawat di episod yang akan datang...

~Tuan Muhammad Faiz PerIDaDo~

No comments:

Post a Comment