Kembali lagi dalam jejak rawatan dan perubatan perawat berhadapan dengan beberapa pesakit yang menghubungi perawat secara peribadi.
Kes berlaku bilamana perawat telah dihubungi dalam bulan Jun 2017 iaitu dalam bulan Ramadhan baru-baru ini di mana pesakit dari Batu Maung meminta datang ke rumah untuk membuat scanning (pengesanan) pada dirinya perihal penyakit. Temujanji telah dibuat di mana perawat hadir ke rumahnya setelah selesai menunaikan solat terawih.
Mengikut temubual pesakit dan perawat, pesakit menyatakan telah mengalami batuk berhari-hari sejak lebih 5 bulan sehingga ke bulan Ramadhan dan batuknya akan makin menyakitkan bila menjelang tengah malam hingga ke subuh. Keadaan ini memaksa pesakit kerap berjumpa doktor panel dan doktor pakar setiap 2 atau 3 hari sekali untuk pemeriksaan diri.
Yang hairannya, kata pesakit, darah telah diambil, air liur telah diperiksa, dada juga telah diteliti tetapi doktor panel dan doktor pakar mengesahkan bahawa pesakit tidak ada sebarang penyakit batuk atau virus jangkitan atau darah tercemar dan pesakit sebenarnya adalah sihat. Tetapi pesakit menjelaskan bahawa hari-hari dia batuk dan paling teruk menjelang tengah malam. Jadi doktor hanya berikan ubat batuk dan ubat penenang sebagai bantuan untuk rawatan. Pun begitu, kerana tidak tahan dada mendesak akibat batuk, pesakit terpaksa kerap ke klinik panel dan doktor pakar untuk diperiksa. Anehnya, keputusan yang dibuat selama 5 bulan tetap sama. Tiada penyakit batuk atau jangkitan virus atau darah tercemar.
Atas dasar inilah, pesakit ingin mencuba dirawat secara alternatif sebagai ikhtiar. Antara simtom yang dialami oleh pesakit adalah sakit kepala akibat batuk yang teruk dan badan rasa sejuk secara tiba-tiba. Setelah diselidik dengan mendalam, didapati pesakit akhirnya mengakui kerap makan di kedai-kedai yang dikenalpasti menggunakan pelaris jin untuk perniagaan. Maka scanning (pengesanan) pun dibuat dan didapati dalam dadanya terdapat zat jahat yang mengganggu kesihatannya.
Rawatan telah dibuat pada sesi pertama dan sesi kedua. Tetapi pada sesi ketiga telah berkurangan. Pesakit dibekalkan air minum dan minyak untuk sapu yang telah didoakan. Batuknya sekali sekala datang tidak seteruk sebelum ini.
Dinasihatkan pada mereka yang gemar memakan nasi bryani, nasi kandar, nasi banjir dan sebagainya, selidikilah dulu keadaan kedai atau restoran tersebut sebelum berlaku penyakit yang tidak dapat dikesan secara klinikal. Memang ramai yang suka makanan jenis ini tetapi ramai yang tidak hiraukan amalan dan perbuatan mudarat yang dipraktikkan oleh peniaga, asalkan boleh mengisi perut ikut kehendak hati, biarlah apa orang nak cakap, walaupun telah mengetahui hal keadaan amalan peniaga. Isilah dada dengan ilmu supaya perut tidak diisi dengan hal-hal merapu.
Nantikan pengalaman jejak rawatan perawat dalam menyingkap tirai di sebalik tabir selain perkongsian maklumat untuk manfaat bersama...
~Tuan Muhammad Faiz PerIDaDo~
#kesihatan
#batuk
#pelariskedai
No comments:
Post a Comment