Ilmu Tanpa Adab adalah Sombong,
Adab Tanpa Ilmu adalah Kehinaan
Ilmu Tanpa Amal adalah Gila
Amal Tanpa Ilmu adalah Sia-Sia
Pengertian Adab (Akhlaq) :
Kata adab adalah kosa-kata bahasa arab yang berasal dari kata Adaba – Ya’dubu) yang bererti mengundang atau mengajak. Sedangkan menurut istilah Adab adalah melatih diri dengan budi pekerti dan akhlak yang mulia.
Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaqu) iaitu kata jama' daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bererti agama itu sendiri. Sedangkan menurut istilah seperti yang dikatakan Imam Ghazali rahimahullahu ta’ala bahawa “akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syarak dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk."
Pelajarilah Adab Sebelum Mempelajari Ilmu
Ketahuilah bahawa ulama salaf sangat menitikberatkan masalah adab dan akhlak. Mereka mengarahkan murid-muridnya mempelajari adab sebelum mendalami suatu bidang ilmu dan menemukan berbagai macam khilaf ulama. Imam Darul Hijrah, Imam Malik rahimahullah pernah berkata pada seorang pemuda Quraisy,
تعلم الأدب قبل أن تتعلم العلم
“Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu.”
Kenapa sampai para ulama mendahulukan mempelajari adab? Sebagaimana Yusuf bin Al Husain berkata,
بالأدب تفهم العلم
“Dengan mempelajari adab, maka engkau jadi mudah memahami ilmu.”
Ibnul Mubarok berkata,
تعلمنا الأدب ثلاثين عاماً، وتعلمنا العلم عشرين
“Kami mempelajari masalah adab itu selama 30 tahun sedangkan kami mempelajari ilmu selama 20 tahun.”
Ibnu Sirin berkata,
كانوا يتعلمون الهديَ كما يتعلمون العلم
“Mereka (para ulama) dahulu mempelajari petunjuk (adab) sebagaimana mereka menguasai suatu ilmu.”
Makhlad bin Al Husain berkata pada Ibnul Mubarok,
نحن إلى كثير من الأدب أحوج منا إلى كثير من حديث
“Kami lebih perlu dalam mempelajari adab daripada banyak menguasai hadis.” Ini yang terjadi di zaman beliau, tentu di zaman kita ini adab dan akhlak seharusnya lebih serius dipelajari.
Dalam Siyar A’lamin Nubala’ karya Adz Dzahabi disebutkan bahawa ‘Abdullah bin Wahab berkata,
ما نقلنا من أدب مالك أكثر مما تعلمنا من علمه
“Yang kami nukilkan dari (Imam) Malik lebih banyak dalam hal adab dibanding ilmunya.” –
Imam Malik juga pernah berkata, “Dulu ibuku menyuruhku untuk duduk bermajlis dengan Robi’ah Ibnu Abi ‘Abdirrahman -seorang faqih di kota Madinah di masanya-. Ibuku berkata,
تعلم من أدبه قبل علمه
“Pelajarilah adab darinya sebelum mengambil ilmunya.”
Imam Abu Hanifah lebih senang mempelajari kisah-kisah para ulama dibanding menguasai bab fiqih. Kerana dari situ beliau banyak mempelajari adab, itulah yang kurang dari kita saat ini. Imam Abu Hanifah berkata,
الْحِكَايَاتُ عَنْ الْعُلَمَاءِ وَمُجَالَسَتِهِمْ أَحَبُّ إلَيَّ مِنْ كَثِيرٍ مِنْ الْفِقْهِ لِأَنَّهَا آدَابُ الْقَوْمِ وَأَخْلَاقُهُمْ
“Kisah-kisah para ulama dan duduk bersama mereka lebih aku sukai daripada menguasai beberapa bab fiqih. Kerana dalam kisah mereka diajarkan berbagai adab dan akhlak luhur mereka.” (Al Madkhol, 1: 164)
Di antara yang mesti kita perhatikan adalah dalam hal pembicaraan, iaitu menjaga lisan. Perbaikilah lisan kita untuk berkata yang baik, santun dan bermanfaat. ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz berkata,
من عدَّ كلامه من عمله ، قلَّ كلامُه إلا فيما يعنيه
“Siapa yang menghitung-hitung perkataannya dibanding amalnya, tentu ia akan sedikit bicara kecuali dalam hal yang bermanfaat” Kata Ibnu Rajab, “Benarlah kata beliau. Kebanyakan manusia tidak menghitung perkataannya dari amalannya” (Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, 1: 291).
Yang kita saksikan di tengah-tengah kita, “Talk more, do less (banyak bicara, sedikit amalan)”.
Berbeza Pendapat Bukan Bererti Mesti Bermusuhan
Sungguh mengagumkan apa yang dikatakan oleh ulama besar seperti Imam Syafi’e kepada Yunus Ash Shadafiy -nama panggilannya Abu Musa-. Imam Syafi’e berkata,
يَا أَبَا مُوْسَى، أَلاَ يَسْتَقِيْمُ أَنْ نَكُوْنَ إِخْوَانًا وَإِنْ لَمْ نَتَّفِقْ فِيْ مَسْأَلَةٍ
“Wahai Abu Musa, bukankah kita tetap bersaudara (bersahabat) meskipun kita tidak bersepakat dalam suatu masalah?” (Siyar A’lamin Nubala’, 10: 16).
Berdoalah Agar Memiliki Adab dan Akhlak yang Mulia
Dari Ziyad bin ‘Ilaqoh dari bapa saudaranya, Nabi SAW membaca doa,
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأَهْوَاءِ
“Allahumma inni a’udzu bika min munkarotil akhlaaqi wal a’maali wal ahwaa’
[Ertinya: Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari akhlaq, amal dan hawa nafsu yang mungkar].” (HR. Tirmidzi no. 3591, sahih)
[Ertinya: Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari akhlaq, amal dan hawa nafsu yang mungkar].” (HR. Tirmidzi no. 3591, sahih)
Doa Nabi SAW yang lainnya,
اللَّهُمَّ اهْدِنِى لأَحْسَنِ الأَخْلاَقِ لاَ يَهْدِى لأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ وَاصْرِفْ عَنِّى سَيِّئَهَا لاَ يَصْرِفُ عَنِّى سَيِّئَهَا إِلاَّ أَنْتَ
“Allahummahdinii li ahsanil akhlaaqi laa yahdi li-ahsanihaa illa anta, washrif ‘anni sayyi-ahaa, laa yashrif ‘anni sayyi-ahaa illa anta [Ertinya: Ya Allah, tunjukilah padaku akhlak yang baik, tidak ada yang dapat menunjukinya kecuali Engkau. Dan palingkanlah keburukan akhlak dariku, tidak ada yang memalingkannya kecuali Engkau].” (HR. Muslim no. 771, dari ‘Ali bin Abi Tholib)
أسأل الله أن يزرقنا الأدب وحسن الخلق
Ya Allah, aku meminta pada-Mu agar mengurniakan pada kami adab dan akhlak yang mulia.
ABDURAHMAN bin Qasim, seorang pelayan Imam Malik bin Anas, menuturkan kesaksiannya selama menjadi pelayan beliau. Kata Abdurrahman, “Tidak kurang dua puluh tahun aku menjadi pelayan Imam Malik. Selama 20 tahun tersebut, aku perhatikan beliau menghabiskan 2 tahun untuk mempelajari ilmu dan 18 tahun untuk mempelajari akhlak."
Imam Malik dan para ulama yang baik lainnya, selalu menjaga kualiti akhlaknya. Akhlak kepada Allah, Rasul, dan sesamanya. Ketinggian darjat, pencapaian ilmu yang mendalam dan kebesaran wibawa, tidak membuat mereka merasa lebih mulia dan lebih baik dari orang lain.
Berapa banyak orang-orang yang berilmu luas, berstatus tinggi akademik, namun tak diduga ia terlibat dalam kes-kes penyelewengan. Berapa banyak para cerdik pandai, kaum intelektual, namun semakin jauh dari kebenaran (Allah).
Dari Jabir: Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang paling aku cintai dan yang paling dekat denganku kedudukannya di syurga adalah orang yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling aku benci adalah orang-orang yang angkuh dan sombong.”
Setidaknya ada dua keutamaan bagi orang yang berakhlak.
Pertama, akhlak yang baik akan meningkatkan darjat. Dari Anas, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba mencapai darjat yang tinggi di hari akhirat dan kedudukan yang mulia kerana akhlaknya baik walaupun ia lemah dalam ibadah.” (HR. Thabrani)
Kedua, akhlak yang baik adalah ukuran keimanan. Rasulullah SAW bersabda, “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya; yang lemah lembut tidak pernah menyakiti orang. Seorang manusia tidak akan mencapai hakikat iman sebelum dia mencintai orang lain seperti ia mencintai dirinya sendiri dan sebelum tetangganya aman dari gangguannya.”
Di sisi lain, akhlak yang buruk dapat melenyapkan amal. Banyak hadis yang menerangkan terhapusnya amal kerana akhlak yang buruk.
*Pertama, “Kedengkian memakan kebaikan sama seperti api melahap kayu bakar.”
*Kedua, dari Ubaid, dia berkata; ada dua orang wanita berpuasa, dan mereka sangat menderita kerana lapar dan dahaga pada petang harinya. Kemudian kedua wanita itu mengutus seseorang menghadap Rasulullah SAW, untuk memintakan izin bagi keduanya agar diperbolehkan menghentikan puasa mereka.
Sesampainya utusan tersebut kepada Rasulullah SAW, baginda memberikan sebuah mangkuk kepadanya untuk diberikan kepada kedua wanita tadi, seraya memerintahkan agar kedua-duanya memuntahkan isi perutnya ke dalam mangkuk itu. Ternyata kedua wanita tersebut memuntahkan darah dan daging segar, sepenuh mangkuk tersebut, sehingga membuat orang-orang yang menyaksikannya kehairanan.
Rasulullah SAW bersabda; “Kedua wanita ini berpuasa terhadap makanan yang dihalalkan Allah tetapi membatalkan puasanya itu dengan perbuatan yang diharamkan olehNya. Mereka duduk bersantai sambil mengumpat orang-orang lain. Maka itulah ‘daging-daging’ mereka yang diumpatkan.” (HR. Ahmad).
Wallahua'lam.
Adab Dengan Allah
Adab Dengan Rasulullah
Adab Dengan Diri
Adab Dengan IbuBapa
Adab Dengan Tuan Guru
Adab Dengan Sahabat Seguru
Adab Dengan Orang Berilmu
Adab Dengan Keluarga
Adab Dengan Manusia
Adab Dengan Binatang
Adab Dengan Tumbuh-Tumbuhan
Adab Dengan Makhluk
Adab Dalam Majlis Ilmu
Adab Dalam Amalan
Adab Dengan Rasulullah
Adab Dengan Diri
Adab Dengan IbuBapa
Adab Dengan Tuan Guru
Adab Dengan Sahabat Seguru
Adab Dengan Orang Berilmu
Adab Dengan Keluarga
Adab Dengan Manusia
Adab Dengan Binatang
Adab Dengan Tumbuh-Tumbuhan
Adab Dengan Makhluk
Adab Dalam Majlis Ilmu
Adab Dalam Amalan
No comments:
Post a Comment