Saturday, March 7, 2020

*Pengalaman Merawat Kerasukan Akibat Ilmu Batil Tukang Urut Perempuan Eps 78*

Pertengahan April 2018, perawat telah dihubungi oleh seorang pesakit wanita yang bekerja di kilang osram bayan lepas. Pesakit mendapat nombor telefon perawat melalui seorang kawannya yang telah "friend" dengan facebook perawat dan disarankan oleh kawannya untuk cuba berikhtiar.

Mengikut cerita pesakit, pada asalnya memang dia mengalami sakit sengal badan yang perlu diurut memandangkan kerja di dalam kilang yang sentiasa berhawa dingin, akan membuat urat-urat badan lesu dan perjalanan darah kurang sempurna. Setelah bertanya sana sini, seorang kawan lain di kilang yang sama merekemenkan seorang tukang urut Indonesia yang tinggal di sebuah kampung di Sg. Ara. Tanpa selidik dan percaya pada kawan, pesakit akhirnya membuat temujanji untuk diurut badannya. Setelah diurut dengan tukang urut Indonesia pada hari yang telah ditetapkan, 13 hari pertama, keadaan diri pesakit agak selesa. Tetapi pada hari ke-14, pesakit mula sakit satu badan yang pada asalnya hanya sengal-sengal urat belakang masuk angin. Sakit kali ni lain macam sikit yang dirasa. Mungkin kerana memikirkan kerja teruk di kilang dan berada dalam suhu hawa dingin, pesakit tidak mengesyaki apa-apa. Jadi hujung bulan februari 2018, pesakit pulang ke kampungnya di Kedah untuk berjumpa dengan kawan sekampungnya yang juga tukang urut perempuan.

Pesakit menceritakan kawannya yang mengurut badan pesakit memberitahu di badan pesakit terasa seperti menyucuk-nyucuk tangannya dan rasa kurang selesa pada tubuh kawannya itu. Kerana memikirkan kawan sekampung, pesakit diurut sehingga selesai. Keesokan harinya kawan si tukang urut tersebut terus demam dan berlanjutan selama dua minggu. Pesakit hanya pulih dua hari saja selepas diurut kemudian sakit yang pelik datang balik. Pesakit ada maklumkan pada kawan sekampungnya untuk minta diurut oada hujung bulan mac 2018, tetapi kawannya itu menolak dan memberitahu ada sesuatu dalam tubuh pesakit yang buat kawannya jatuh sakit. Jadi kawannya menyarankan supaya pesakit berikhtiar berubat dengan perawat Islam untuk periksa keadaan diri.

Sehinggalah pesakit berjumpa dan membuat temujanji dengan perawat, untuk merawat di rumahnya di Tanjung Tokong. Antara simtom penyakit yang dialami pesakit ialah kerap terjaga malam tanpa sebab dan selalu ada kesan lebam di kaki.

Pada sesi rawatan pertama, ketika mula dirawat tiba-tiba pesakit seperti dipukau dan menangis tersedu-sedu. Ternyata tukang urut Indonesia yang muncul. Perawat bertanya keras apa yang telah dia buat pada pesakit. Kedua tangan pesakit diangkat dan diluruskan. Perawat bertanya adakah dia memasukkan barang ke dalam tangan dan tubuh pesakit yang jadi punca pesakit sakit satu badan. Dia mengangguk kepala sambil menangis. Perawat memberi amaran keras supaya tukang urut Indonesia itu tidak akan mengganggu lagi pesakit selepas ini. Dia mengangguk kepala tanda faham. Perawat kemudian menarik keluar zat-zat jahat yang telah dimasukkan ke dalam tangan dan tubuh pesakit. Seketika itu pesakit sedar semula. Pesakit sendiri bertanya perawat kenapa dia menangis, hati terasa hiba dan sedih. Perawat menceritakan apa yang berlaku adalah perbuatan dari tukang urut Indonesia yang dia telah membuat temujanji urut badan di Sg. Ara. Tujuan 'barang' dimasukkan adalah supaya pesakit sentiasa berulang-ulang datang mengurut dengannya sebagai salah satu strategi menjana pendapatan perniagaannya.

Bersambung pada sesi kedua rawatan, pesakit telah pulih sepenuhnya. Selesa tidur malam dan tiada lagi lebam di kaki.

Rawatan selesai setakat itu.

Teruskan bersama jejak rawatan perawat dalam pengalaman rawatan selanjutnya.

~Tuan Muhammad Faiz PerIDaDo~


www.wasap.my/601116179976/PerubatanDanRawatan
m.facebook.com/perubatanikhtiardandoa.doa
#al-faiz-al-falah.blogspot.my
#kerasukan
#histeria
#angkarasihir
#penyakitmisteri
#gangguanjinsaka
#gangguanjin
#gangguanbunian
#nampakkelibat
#susahtidur
#mimpiburuk
#ditindih
#lebam
#badanpanasbahang
#seramsejuk
#sakitkepala
#berdebar
#poltergeist
#barangpusaka
#pemulihanrumah
#pemulihankedaipejabat
#rawatankanser
#rawatanstrok
#rawatandarahtinggi
#rawatankencingmanis
#urutanbadan

1 comment: