Ketika perawat merawat mereka pada sesi pertama dan kedua, rawatan dilakukan di rumah mak saudaranya di Gelugor Pulau Pinang, kesemuanya mempunyai simtom yang sama iaitu zat jahat yang dikesan pada kaki, dada dan kepala. Pesakit isteri mengalami sakit dalam perut. Apabila diperiksa doktor, keputusan menjelaskan bahawa pesakit isteri boleh jadi alami gangguan hormon. Tetapi itu hanya andaian doktor yang mungkin disebabkan hormon kerana tidak diperiksa lebih terperinci melalui makmal. Mengikut kata pesakit isteri, sebelum berkahwin, tidak ada simtom yang macam ini berlaku. Selepas berkahwin, baru perkara ini terjadi. Muka pesakit isteri ini terasa gatal-gatal, miang, jerawat naik penuh muka dan belakang badan, kebas tangan dan kaki. Kerap cepat marah dengan pesakit suami dan pesakit suami juga cepat marah dengan pesakit isteri.
Anak perempuan dikesan seperti telah diberikan perjanjian saka jin manakala anak lelaki kerap lebam di dahi, tangan dan kaki. Pesakit suami mengalami masalah perut, kebas-kebas dan darah menjadi pekat. Kesemuanya dimusnahkan zat-zat jahat, diputuskan perjanjian saka jin dan dipulihkan tubuh mereka.
Pada sesi ketiga rawatan, perawat dijemput untuk ke rumah pesakit di Seberang Jaya memandangkan selesai rawatan pertama dan kedua, masih juga berlaku simtom yang sama. Dan perawat mengesyaki masalah gangguan adalah berpunca dari rumah. Terlebih dahulu, perawat selidik lebih mendalam dengan pesakit isteri sama ada mempunyai masalah dengan jiran atau saudara mara atau adik beradik dalam keluarga atau rakan sekerja. Pesakit isteri mula menceritakan bahawa dia mendapat tahu apabila beberapa orang perawat menyatakan punca gangguan adalah ditimbulkan dari mak mentua sendiri, selepas 2 tahun gangguan berjalan. Bila pesakit isteri selidik lebih terperinci, barulah dia mendapat maklumat yang sebenar di mana mak mentuanya yang berasal dari Negeri Sembilan, mengamalkan ilmu hitam termasuk seru syaitan padahal bertudung menutup aurat sempurna tetapi tidak menjaga solatnya. Mak mentua pesakit isteri dikatakan telah memasang pagar jin, meletakkan beberapa ekor jin di rumah anak-anaknya dengan tujuan menjaga keluarga selain menundukkan dan memperbodohkan menantu-menantu melalui masakan-masakan yang telah dijampi mentera termasuk pesakit isteri ini. Tetapi pesakit isteri ini cerdik kerana dapat mengesan tingkah laku pelik mak mentuanya sendiri apabila mulutnya berkumat-kamit membaca sesuatu kemudian dihembuskan pada makanan.
Pada sesi ketiga ini, pesakit isteri mohon supaya dijalankan pemulihan rumah sepenuhnya. Rumah pangsapuri pesakit isteri ini mempunyai 3 bilik. Bilik yang ketiga hanya terdapat zat-zat jahat dan dimusnahkan. Tetapi bilik yang kedua adalah bilik anak lelaki dan dirasakan panas di dalam. Perawat mendapati terdapat beberapa ekor jin diletakkan di dalam bilik kedua tersebut. Berlaku pertarungan perawat dengan jin-jin tersebut dan akhirnya semua jin dapat ditangkap dan dipenjarakan. Bilik seterusnya adalah bilik tidur utama. Di dalam bilik ini juga terdapat beberapa ekor jin yang mengganggu. Berlaku semula pertarungan untuk menangkap jin-jin tersebut dan dipenjarakan. Setelah dibersihkan dan dipulihkan rumah berserta dinding dan pagar, suhu rumah sedikit demi sedikit bertukar sejuk dan tenang. Kemudian perawat membuat sesuatu untuk menghindari dan menggugat ilmu hitam mak mentua pesakit isteri daripada meletakkan jin-jin atau pagar jin yang mengganggu kesihatan pesakit sekeluarga.
Alhamdulillah, dengan susunan Allah, mak mentua pesakit isteri tak mampu untuk bermalam di rumah pesakit dan hanya mampu bermalam 1 malam sahaja dalam keadaan gelisah dan terganggu. Keesokan paginya, mak mentua pesakit mohon untuk dihantar pulang ke kampungnya di Negeri Sembilan dan tidak lagi kembali semula ke rumah pesakit isteri dengan riak muka seperti orang yang takutkan sesuatu lagaknya. Rumahtangga pesakit kembali ceria, aman dan harmoni selepas selesai sempurna rawatan perawat.
Adalah tidak bermanfaat jika kita mempelajari ilmu-ilmu batil/hitam yang bakal merosakkan kesihatan, minda, keluarga, ekonomi, kehidupan, akidah dan syahadah sendiri kerana apabila datang yang haq, terbatallah apa yang batil. Yang batil itu walaupun dinaiktaraf sekalipun, masih juga ia bersifat baharu dan hancur. Semoga setiap pengalaman perawat dapat memberi sedikit iktibar, teladan dan pengetahuan kepada pembaca sekelian.
Teruskan bersama jejak rawatan perawat dalam menempuh liku-liku pengalaman misteri, aneh, ganjil dan pelik tetapi benar-benar terjadi di mana saja.
~Tuan Muhammad Faiz PerIDaDo~
Teruskan bersama jejak rawatan perawat dalam menempuh liku-liku pengalaman misteri, aneh, ganjil dan pelik tetapi benar-benar terjadi di mana saja.
~Tuan Muhammad Faiz PerIDaDo~
www.wasap.my/601116179976/PerubatanDanRawatan
m.facebook.com/perubatanikhtiardandoa.doa
al-faiz-al-falah.blogspot.my
#kerasukan
#histeria
#angkarasihir
#penyakitmisteri
#gangguanjinsaka
#gangguanjin
#gangguanbunian
#nampakkelibat
#susahtidur
#mimpiburuk
#ditindih
#lebam
#badanpanasbahang
#seramsejuk
#sakitkepala
#berdebar
#poltergeist
#barangpusaka
#pemulihanrumah
#pemulihankedaipejabat
#rawatankanser
#rawatanstrok
#rawatandarahtinggi
#rawatankencingmanis
#urutanbadan
m.facebook.com/perubatanikhtiardandoa.doa
al-faiz-al-falah.blogspot.my
#kerasukan
#histeria
#angkarasihir
#penyakitmisteri
#gangguanjinsaka
#gangguanjin
#gangguanbunian
#nampakkelibat
#susahtidur
#mimpiburuk
#ditindih
#lebam
#badanpanasbahang
#seramsejuk
#sakitkepala
#berdebar
#poltergeist
#barangpusaka
#pemulihanrumah
#pemulihankedaipejabat
#rawatankanser
#rawatanstrok
#rawatandarahtinggi
#rawatankencingmanis
#urutanbadan
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete