MERAWAT ZAT JAHAT
Penghujung Januari 2018, seorang pesakit wanita dari Bayan Lepas minta dirawat di rumah seorang kawannya di Sg Ara kerana telah berubat beberapa kali dengan beberapa orang perawat tetapi masih tidak pulih juga kesihatan badannya.
Mengikut cerita pesakit, batuknya tak henti-henti sejak 9 bulan yang lalu. Bila diperiksa doktor, tiada apa-apa keputusan yang menyatakan ada jangkitan. Hanya batuk biasa. Tetapi bunyi batuknya seperti orang yang mengalami batuk kering. Belakang badannya juga rasa sakit dan pesakit pernah berubat dengan 3 orang perawat sebelum ini tetapi tiada keputusan dan kepastian.
Antara simtom-simtom gangguan ialah pesakit nampak kelibat di dalam rumah, rasa seperti didekati dan diperhatikan di dalam rumah, mengalami mimpi buruk seperti mimpi harimau, hantu, bayi dan juga tandas, ditindih semasa tidur, badan terasa panas, sejuk dan seram sejuk, sakit kepala dan terasa ada benda bergerak di dalam kepala.
Semasa sesi pertama rawatan dijalankan, perawat mengesan terdapat zat-zat jahat di kepala, dada, belakang, tengkuk dan pinggang pesakit. Kesemuanya dimusnahkan. Pada sesi rawatan kedua, pesakit masih menyatakan nampak kelibat di dalam rumah, diperhatikan, badan masih terasa panas dan sejuk, sakit belakang dan pinggangnya. Masih lagi terdapat zat-zat jahat pada tubuh pesakit dan dimusnahkan. Setelah selesai rawatan, perawat meminta izin untuk memeriksa rumah pesakit jika benar punca gangguan adalah dalam rumah. Pemeriksaan pengesanan dibuat dan didapati rumah pesakit memang banyak terdapat zat-zat jahat yang bertebaran dan menyebabkan simtom yang dialami. Perawat juga ada bertanyakan sama ada anak-anak kerap keluar dan balik lewat malam atau awal pagi setiap hari, pesakit mengiakan. Mungkin dari situ punca yang membawa zat jahat dari luar masuk ke dalam rumah selain masuk tanpa memberi salam dan ucapan bismillah.
Pada sesi rawatan ketiga, hanya didapati masalah fizikal saja yang mana batuknya makin berkurangan. Zat penyakit batuk ditawarkan selain air minum dan mandian didoakan. Rawatan selesai sehingga takat itu.
Teruskan bersama perawat menelusuri siri pengalaman seterusnya dalam jejak rawatan dan perubatan menempuh kes-kes misteri, aneh, ganjil, pelik tetapi benar-benar terjadi di sekeliling kita.
~Tuan Muhammad Faiz PerIDaDo~
#fb:PerubatanIkhtiarDanDoa
#al-faiz-al-falah.blogspot.my
#perawat-islam.blogspot.my/p/khidmat-rawatan-islam.html?showComment=1499784962972&m=1
No comments:
Post a Comment