MERAWAT ZAT JAHAT DAN JIN PENCEROBOHAN
Kes berlaku pada penghujung Januari 2018 berlokasi di Sg Ara di mana seorang pesakit wanita mengalami gangguan lebih kurang 10 tahun lamanya.
Mengikut cerita pesakit, pesakit pernah mengalami kemalangan motosikal 10 tahun yang lalu pada sebelah malam dan kepalanya terhentak ke jalanraya pada bahagian matanya. Sejak dari itu, kepala sebelah kirinya sentiasa berasa sakit dan meremang. Di samping itu, pesakit juga pernah mengurut pesakit wanita. Kemungkinan dari urusan mengurut orang itu, telah ditambah lagi dengan gangguan jin pencerobohan yang mana adakala pesakit yang diurut itu mungkin memiliki saka atau pendamping atau mungkin sedang disihir atau dibuat orang atau mungkin memiliki pengisian ilmu tuntutan yang batil atau mungkin mengalami gangguan jin yang tidak diketahui oleh pesakit wanita ini.
Antara simtom lain yang mengganggu pesakit adalah nampak kelibat di dalam rumah, kerap lebam di lutut, rasa bahang pada badan dan kerap sakit kepala di bahagian kiri selepas daripada kemalangan.
Semasa sesi rawatan pertama, perawat mengesan zat-zat jahat di beberapa tempat di bahagian tubuhnya. Pesakit tidak menceritakan kepada perawat tentang masalah anggota kelaminnya yang mana perawat telah mengesan pesakit mengalami simtom teruk di bahagian kemaluannya. Bila ditanya, baru pesakit bersuara memberitahu bahagian kemaluannya memang terasa bisa, gatal dan merenyam. Ada masa-masanya pesakit menangis kerana tidak tahan akan bisa itu dan ada masa-masanya masih boleh bertahan. Maka perawat berikhtiar menarik keluar zat-zat jahat di bahagian kelaminnya dan dimusnahkan selain memutuskan pertalian kesemua jin pencerobohan yang mengganggunya. Terasa juga bisa dan merenyam di tapak tangan bila perawat menarik keluar zat-zat jahat tersebut. Mungkin ia berpunca dari gangguan jin pencerobohan akibat mengurut orang dulu.
Pada sesi rawatan kedua, pesakit memberitahu bahagian kelaminnya sudah baik dan tidak bisa-bisa lagi, hanya sengal di pinggang kiri dan lenguh di bahu belakang. Masih lagi terdapat sedikit zat jahat dan dimusnahkan. Selesai rawatan, pesakit berasa selesa dan lega. Dan pada sesi rawatan ketiga, tiada lagi zat jahat serta simtom-simtom gangguan dan sakit-sakit yang dirasai selama 10 tahun itu telah hilang dari diri pesakit. Rawatan selesai hingga setakat itu.
Teruskan bersama perawat untuk siri-siri pengalaman seterusnya dalam jejak rawatan dan perubatan menghadapi kes-kes misteri, aneh, ganjil, pelik tetapi benar-benar terjadi pada zaman ini.
~Tuan Muhammad Faiz PerIDaDo~
#fb:PerubatanIkhtiarDanDoa
#al-faiz-al-falah.blogspot.my
#perawat-islam.blogspot.my/p/khidmat-rawatan-islam.html?showComment=1499784962972&m=1
No comments:
Post a Comment