Memahami Hakikat Syaitan
Syaitan adalah mufradnya dari Syayathin. Syeikh Ahmad Asshawi telah berkata mengenai makna dan asal Syaitan di dalam tafsirnya, pada juz 1, halaman 5, sebagai berikut:
Ertinya: Dan lafaz syaitan itu asalnya Syathana, ertinya jauh dari rahmat Allah. Ada juga dikatakan berasal dari Sya-tha, dengan makna ihtaroqa ertinya; terbakar. Dan syaitan itu nama bagi tiap-tiap yang derhaka dari bangsa jin dan manusia.
Daripada keterangan diatas, dapatlah kita pastikan bahawa syaitan itu adalah nama sifat dan tidaklah ia diberi bentuk atau asal tertentu. Kalau jin bersifat derhaka, maka dialah syaitan. Begitu juga jika ia manusia yang bersifat derhaka, maka dialah syaitan. Kadangkala lafaz syaitan juga diberikan kepada Iblis laknatullah.
Diterangkan dalam Surah Al-An'am ayat 112, seperti berikut :
Ertinya: "Dan demikianlah telah kami jadikan bagi tiap tiap nabi itu musuh-musuh berupa syaitan yang terdiri daripada jin dan manusia, yang membisikkan setengah mereka itu kepada sesetengahnya akan kata-kata yang dihiasi dengan tipu dayanya."
(Syaitan manusia itu kadangkalanya adalah diri kita, isteri kita, teman kita atau anak-anak kita yang membuat kita berpaling dari taat kepada Allah.)
Malik bin Dinar berkata:
Ertinya: "Sesungguhnya syaitan manusia itu lebih hebat ke atasku daripada syaitan jin" maksudnya : "apabila aku berlindung kepada Allah, maka berlalulah syaitan jin. Sedangkan syaitan manusia itu datang kepadaku, maka diseretlah aku kepada segala kemaksiatan"
Hujjatul Imam Al-Ghazali berkata:
"Berhati-hatilah engkau kepada syaitan manusia, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan manusia itu telah memberi kesenangan kepada syaitan-syaitan jin daripada keletihannya.”
Dari Imam Muslim r.a. meriwayatkan:
"Bahawa Aisyah, isteri Nabi SAW mengatakan, Rasulullah SAW keluar pada satu malam daripada sisinya. Aisyah berkata, "Aku lalu berlari mengejar baginda hingga mendapatkannya. Melihat apa yang aku lakukan, Baginda berkata, "Ada apa dengan kamu wahai Aisyah, apakah kamu cemburu?" Aisyah berkata, "Bagaimana orang sepertiku tidak cemburu terhadap orang seperti kamu." Baginda kemudian berkata, "Atau syaitan telah datang kepada kamu?" Aisyah berkata, "Adakah padaku ada syaitan?" Baginda berkata, "Ya". Aisyah berkata lagi, "Apakah dia juga ada pada setiap orang?" Nabi berkata, "Ya". Aisyah berkata, "Apakah pada kamu juga?" Nabi menjawab, "Ya, hanya saja Allah menolongku untuk menakluknya (qarin) sehingga ia memeluk Islam" (Riwayat Muslim)
Pandangan Ulama
Sebahagian ulama’ berpegang dengan zahir nas dengan mengatakan memang pada hakikatnya syaitan dibelenggu. Mereka mengambil sikap berdiam diri (tawaquf) terhadap persoalan berlakunya kerasukan syaitan pada bulan Ramadhan.
Sebahagian ulama’ pula mentakwilkan ungkapan syaitan dibelenggu dengan makna majaz iaitu bahasa kiasan bukannya hakikat. Ia mengambarkan kesulitan syaitan untuk menggoda dan mengganggu anak adam dalam keadaan mereka berpuasa seolah-olah syaitan dibelenggu pada bulan tersebut. Hal ini dapat difahami melalui hadis Nabi “Sesungguhnya syaitan berjalan di dalam tubuh anak adam seperti darah mengalir, maka sempitkanlah aliran tersebut dengan berlapar (puasa).”
Pandangan ketiga mengatakan bahawa memang benar syaitan dibelenggu, namun bukan semuanya. Syaitan yang kuat-kuat sahaja yang dibelenggu dikalangan ketua-ketua mereka. Ini berdasarkan riwayat yang lain yang menggunakan lafaz “Maradatul Syayatin” atau “Maradatul Jin” yang bermaksud syaitan-syaitan yang kuat.
Berdasarkan Kajian Dan Pengalaman Perawat Selain Keilmuan Daripada Arwah Tuan² Guru & Tuan Guru Mursyid
Penjelasan tentang ertikata Syaitan itu sebenarnya adalah suatu perbuatan derhaka yang dilakukan sama ada oleh segolongan jin atau segolongan manusia. Banyak penjelasan dalam riwayat dan hadis menerangkan tentang ertikata Syaitan Jin dan Syaitan Manusia. Seperti juga kiasan orang melayu yang acapkali digunakan atas sesuatu perbuatan yang jahat iaitu Syaitan Yang Bertopengkan Manusia. Suatu perbuatan mungkar di mana perbuatan manusia itu sendiri "Licik memutarkan kata-katanya, Putar Belit, Manis Bibirnya, Bijak melaksanakan rencana-rencana jahat seperti membuat fitnah, berbohong, pujuk rayu dan tipu daya".
"...dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang terang nyata." (Surah Al-Baqarah ayat 208)
Maka dapat disimpulkan di sini bahawa perlaksanaan perbuatan derhaka/mungkar (yang dimaksudkan syaitan) itu sendiri boleh jadi berpunca daripada Bisikan/Hasutan Iblis dan Jin atau Nafsu manusia itu sendiri atau Qarin (Jin Pendampingnya) yang mengganggu gugat ketika mana keimanan dan kefahaman ilmu agama seorang manusia itu berada di tahap yang lemah.
Jadi, kejadian perjalanan sihir, gangguan jin, santau dan perbomohan ilmu batil mampu terjadi walaupun pada bulan Ramadhan, dengan izin Allah, kerana maksud syaitan yang dibelenggu di sini adalah lebih ditujukan kepada hawa nafsu dan perbuatan mungkar/maksiat/derhaka yang dilemahkan dengan kaedah berpuasa. Dan jin-jin jahat yang ditugaskan untuk menghasut dan merosakkan manusia akan mengalami kesukaran sekiranya jasad dan nafsu manusia itu berada dalam keadaan lemah dan lesu, tetapi jin-jin yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tetap wujud, tidak dibelenggu seperti yang disalah andaikan oleh masyarakat, menjalankan tugasnya seperti biasa agar manusia itu sendiri terjerumus ke dalam perlakuan dosa sekalipun membatalkan amalan puasa di bulan Ramadhan. Kerana para jin tidak diikat dan adakalanya masih berlaku penjelmaan di tempat-tempat tertentu sekadar menakutkan manusia yang lemah imannya.

No comments:
Post a Comment