Monday, May 15, 2017

Tazkirah 2

HADIS SAAT SALAH SATU SAHABAT MERUQYAH KEPALA SUKU DARI SENGATAN

Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim:

Dari Abi Sa'id Alkhudri r.a., beliau berkata, "Ketika kami sedang dalam suatu perjalanan, kami singgah di suatu tempat, maka datanglah seorang wanita dan berkata, "Sesungguhnya pemimpin kami terkena sengatan, sedangkan sebahagian daripada kami tidak ada, apakah ada di antara kalian yang boleh meruqyah?

Maka bangunlah daripada kami seorang yang tidak diragukan kemampuannya untuk meruqyah. Dia meruqyah dan sembuh. Kemudian dia diberikan 30 ekor kambing dan kami mengambil susunya. Ketika peruqyah itu kembali, kami bertanya, "Apakah kamu mampu? Apakah kamu meruqyah?" Dia berkata, "Tidak, aku tidak meruqyah kecuali dengan al-fatihah." Kami berkata, "Jangan bicara apapun kecuali setelah kita mendatangi atau bertanya kepada Rasulullah SAW."

Ketika kami sampai di Madinah, kami ceritakan kepada Rasulullah SAW. Dan baginda bersabda, "Tidakkah ada yang tahu bahawa itu adalah ruqyah? Bagilah (kambing itu) dan jadikan aku satu bahagian."  (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah di atas:

1. Sengatan binatang/serangga berbisa boleh dirawati dengan cara ruqyah.
2. Boleh mengambil upah atau ganjaran yang sewajarnya atau yang diberikan oleh pihak pesakit secara rela.
3. Surah al-Fatihah adalah ruqyah (antaranya) seperti yang disahkan oleh Rasulullah SAW.

*************************************************

RASULULLAH MEMPERBOLEHKAN RUQYAH ASALKAN TIDAK SYIRIK

Hadis sahih riwayat Muslim: Dari Auf bin Malik Al-Asyja'i, ia berkata, "Dahulu kami meruqyah di masa jahiliyyah, dan kami bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu?," Rasulullah SAW bersabda, "Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, tidak apa-apa dengan ruqyah jika tidak ada unsur syiriknya."  (Hadis Riwayat Muslim)

Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah di atas:

1. Ruqyah yang tidak menggunapakai ayat-ayat al-Quran dan doa-doa dari Sunnah diperbolehkan selagi mana tidak ada unsur syirik.

*************************************************

HADIS SAAT RASULULLAH SAW MENYURUH WANITA YANG BAYINYA TERKENA 'AIN

Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, dari Ummu Salamah r.a. bahawa Rasulullah SAW pernah melihat di rumahnya seorang anak wanita yang di wajahnya ada 'gangguan mata', lalu Rasulullah SAW bersabda, "Bacalah ruqyah untuknya kerana dia terkena gangguan mata."  (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Kesimpulan dari kisah ini:

1. Gangguan 'Ain boleh dirawati (antaranya) dengan cara ruqyah.

*************************************************

GANGGUAN PENYAKIT GILA DISEBABKAN KERASUKAN

Imam al-Hakim meriwayatkan di dalam Mustadraknya, "Dari Mathar bin Abdurrahman Al-A'naq, dia berkata, "Ummu Aban binti Wazi' bin Zari' bin Amir Wazi' pergi berjumpa Rasulullah SAW dengan membawa salah seorang anaknya.

Tatkala kami berjumpa dengan Rasulullah SAW, aku berkata,"Wahai Rasulullah, aku membawa anakku (atau anak dari saudara perempuannya) yang tertimpa penyakit gila. Aku bawanya ke sini supaya baginda berkenan mendoakannya sembuh." Rasulullah SAW bersabda,"Bawalah dia kemari!"

Kemudian aku hampiri dia (anaknya) yang masih di kenderaan. Lalu aku melepaskan tali pengikatnya (penjelasan: dia mengikat anaknya kerana dikhuatiri anaknya meronta-ronta dan melarikan diri) dan aku menggantikan pakaian safarnya dengan memakaikan dua lapis pakaian yang bagus untuknya, lalu aku menuntun tangannya sehingga kami berada di hadapan Rasulullah SAW.

Baginda bersabda,"Dekatkan dia kepadaku dan palingkan dia hingga punggungnya menghadapku!" Maka baginda memegang semua sudut pakaiannya dari atas hingga bawah, lalu baginda memukul punggungnya hingga aku melihat kedua ketiak putih baginda, lalu baginda bersabda,"Keluarlah engkau wahai musuh Allah! Keluarlah engkau wahai musuh Allah!"

Setelah itu, anaknya boleh melihat dengan pandangan yang wajar, tidak sebagaimana cara dia memandang sebelum didoakan Rasulullah SAW.

Lalu Rasulullah SAW menyuruhnya duduk di hadapan baginda. Baginda mendoakan dan mengusap wajahnya. Setelah Rasulullah SAW mendoakannya, tidak ada seorang pun daripada rombongan yang ikut menghantarnya kepada Rasulullah SAW mengenang akan kebaikannya."

Al-Haitsami berkata, hadis ini diriwayatkan oleh Imam Thabrani, sedangkan yang meriwayatkannya dari Ummu Aban hanya Mathar saja. (Majma'uz Zawa'id : 9/3)

Aku berkata,"Al Hafidz Ibnu Hajar berkata bahawa Ummu Abban adalah maqbulah (boleh diterima) (Taqribut Tahdzib: 2/619). Di dalam kitab sahih Imam Bukhari meriwayatkan pula hadis dari Ummu Aban.

Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah ini:

1. Jin/Syaitan mampu mengganggu manusia sehingga menjadi gila.
2. Gangguan seperti ini dapat disembuhkan dengan pukulan seperti yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW.
3. Syaitan mampu memasuki badan manusia dan tinggal di dalamnya/di sana.

*************************************************

BAYI MENGALAMI GANGGUAN PENYAKIT ANEH

Ya'la bin Murrah r.a. berkata, "Aku melihat TIGA hal dari Rasulullah SAW yang belum pernah dilihat oleh seorang pun sebelum dan sesudah aku. Pada suatu hari, aku pernah melakukan safar (berpergian) bersama Rasulullah SAW.

Di tengah perjalanan, kami melewati seorang perempuan yang sedang duduk bersama anaknya yang masih kecil. Kemudian perempuan itu berkata, "Wahai Rasulullah, anak saya ini menderita penyakit, kami menjadi terganggu dengan penyakitnya. Setiap harinya dia selalu kumat beberapa kali, sampai saya tidak tahu berapa kali." Baginda bersabda,"Berikanlah anak itu kepadaku!"

Maka perempuan itu membawa bayinya kepada Rasulullah SAW. Dia meletakkannya di antara Rasulullah dan pelana kuda. Kemudian Rasulullah membuka mulut anak itu, lalu meniup ke dalamnya sebanyak tiga kali dan mengucapkan,"(Bismillah) Dengan menyebut nama Allah, aku adalah hamba Allah, nyahlah kau wahai musuh Allah!"

Kemudian baginda menyerahkan kembali bayi itu kepada ibunya dan berkata,"Temuilah kami kembali di tempat ini, ketika kami kembali, dan beritahulah kami apa yang dilakukan oleh anak ini!"

Ya'la bin Murrah r.a. berkata, "Kami pun berlalu dan ketika kami kembali, kami mendapati bahawa perempuan tersebut sudah berada di tempat tadi, dengan membawa tiga ekor kambing."

Rasulullah SAW bertanya, "Apa yang dilakukan bayimu?" Perempuan itu berkata, "Demi Zat yang mengutusmu dengan benar, hingga saat ini kami tidak lagi merasakan sesuatu yang aneh darinya, maka ambillah salah satu dari ketiga kambing dan tinggalkanlah yang lainnya."

Kemudian perawi menyebutkan hadis ini secara lengkap. (Majma'uz Zawwa'id: 9/4. Dan diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Thabrani dengan dua isnad. Rijal dari salah satu isnad Ahmad adalah rijal sahih.)

Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah di atas:

1. Contoh salah satu kaedah ruqyah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
2. Boleh mengambil upah yang sewajarnya setelah meruqyah
3. Jin/Syaitan mampu mewujudkan penyakit aneh dalam tubuh manusia

*************************************************

KISAH SEORANG PEREMPUAN PENGHUNI SYURGA YANG MENGALAMI GANGGUAN JIN

Atha' bin Abu Rabah r.a. berkata, Abdullah bin Abbas r.a. berkata kepadaku, "Mahukah engkau aku tunjukkan seorang perempuan penghuni syurga?" Aku berkata, "Tentu." Dia berkata, "(Iaitu) Perempuan hitam ini, dia pernah menghampiri Rasulullah SAW dan berkata, "Saya adalah orang yang menderita penyakit ayan (kejang saraf otak/tumor otak/kanser otak), dan setiap kali saya kambuh (berulang sakit) saya tidak sedar hingga aurat saya terbuka, berdoalah kepada Allah agar saya sembuh."

Rasulullah SAW bersabda, "Jika engkau mahu bersabar, nescaya engkau akan meraih syurga, dan jika engkau mahu sembuh, aku akan berdoa kepada Allah." Perempuan itu berkata, "Saya akan bersabar." Dia berkata, "Setiap kali berulang, tanpa sedar aurat saya terbuka, maka doakanlah saya supaya aurat saya tidak terbuka lagi." Rasulullah SAW pun mendoakannya.  (Hadis Riwayat Bukhari: 6/114 dan Muslim: 16/131)

Perempuan beriman ini bernama Ummu Zufara, sebagaimana riwayat Imam Bukhari dalam sahihnya dari Atha'. Sebenarnya, gangguan yang dialami perempuan ini berasal dari jin.

Dalam menjelaskan hadis ini, Al Hafiz Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan, "Menurut riwayat Bazzar, dari Abdullah bin Abbad r.a. yang serupa dengan kisah ini, bahawa perempuan itu berkata, "Saya khuatir kalau si buruk rupa menelanjangi saya." (Fathul Bari: 10/115)

Maksud dari buruk rupa di sini adalah syaitan. Setelah menyebutkan periwayatan hadis ini, Al Hafiz berkata, "Dari hasil periwayatan yang ada dapat diketahui bahawa gangguan jin (kerasukan) bukan gangguan penyakit ayan biasa (Fathul Bari: 10/115)

Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah di atas:

1. Gangguan penyakit ayan (kejang saraf otak/tumor otak/kanser otak) adalah berpunca dari gangguan jin.
2. Bersabar dan redha di atas setiap musibah mendapat ganjaran sebagai ahli syurga.
3. Rupa jin/syaitan itu adalah rupa yang buruk.
4. Gangguan penyakit ayan masih boleh dirawat sembuh dengan berdoa kepada Allah.

*************************************************

DOA PERLINDUNGAN DARI GANGGUAN SYAITAN YANG MENYEBABKAN GILA

Dari Abdullah bin Mas'ud dia berkata, "Apabila Rasulullah SAW melaksanakan solat, beliau mengucapkan :

أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ مِنْ هَمْزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ 

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari syaitan yang terkutuk, dari Hamz, Nafakh dan Nats-nya."

أَعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ، مِنْ هَـمْزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ

("Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari syaitan yang direjam, dari hembusannya yang kencang, dan bisikan-bisikan jahatnya, dan ludahannya." - Al-Baihaqi, Ibnu Majah, Al-Hakim, Ahmad)

Ibnu Mas'ud menerangkan, "Hamz bererti Al-Mautah (gangguan yang membuat tidak sedarkan diri), Nafakh bererti untaian kata-kata tipuan, dan Nafts bererti sifat sombongnya."  (Hadis Riwayat Hakim, dia menganggapnya sahih, dan disepakati oleh Adz Dzahabi)

Maksud Al-Mautah adalah sejenis penyakit gila dan kerasukan/kesurupan yang menimpa manusia. Jika sedar, akalnya kembali berfungsi seperti biasa. Seperti orang yang tidur dan mabuk. (Lisamul A'rab: 6/4296)

Ibnu Katsir berkata, "Maksud dari Al-Mautah adalah penyakit gila dan cekikan yang berupa kerasukan/kesurupan." (Al-Bidayah wan Nihayah: 1/61)

Sedangkan maksud dari Hamz adalah ketidaksedaran yang terkadang dialami manusia di saat hidupnya, iaitu kerasukan/kesurupan. Kerana keadaan orang yag dirasuk seperti ini mampu menyebabkan kematian, disebabkan rasa sakit yang dialaminya ketika kerasukan/kesurupan." (Alamul Jinni fi Dhau'il Quran was Sunnah: 269)

Kesimpulan dari penjelasan di atas:

1. Jin/Syaitan mampu menyebabkan penyakit gila melalui kerasukan.
2. Jin/Syaitan mampu menyebabkan cekikan yang berupa kerasukan.
3. Jin/Syaitan mampu menyebabkan kematian dengan kesakitan dalam kerasukan.
4. Jin/Syaitan mampu menyebabkan akal di luar kawalan manusia.

*************************************************

JIN BERANAK-PINAK DAN MATI

Jin beranak-pinak dan berkembang biak (lihat Surah al-Kahfi, 18:50). Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, di mana Nabi Muhammad SAW berdoa, "Ya Allah, Engkau tidak mati, sedangkan jin dan manusia mati...."  (Hadis Riwayat Bukhari: 7383 dan Muslim: 717)

*************************************************

No comments:

Post a Comment