Anak kedua daripada empat beradik, anak kelahiran negeri Perak, tetapi dibesarkan di negeri Kedah tempat menetapnya ahli keluarga, bermastautin lama di Kuala Lumpur dan Selangor di mana tempat rezeki pekerjaan tetapnya dahulu, mula berkecimpung untuk mengetahui, mempelajari, mengkaji, memahami dan mempraktikkan ilmu perubatan seawal usia 15 tahun sewaktu zaman persekolahan lagi.
Dari sekolah rendah ke kolej menengah kemudiannya ke Universiti, berkesinambungan ke Madrasah Nurul Iman, Sik dan Madrasah Nurul Iman, Sg. Long, Cheras, telah merantau ke beberapa negeri dalam mencari guru-guru mursyid untuk mendekatkan diri lebih mengenali Pencipta alam selain berpekerjaan tetap.
Tidak dinafikan, ujian dalam mencari ilmu akhirat amatlah luar biasa tekanannya yang mesti dihadapi dengan sabar dan doa. Bertemu dengan beberapa orang arwah tuan guru selain orang-orang yang soleh dan orang-orang yang mempunyai kelebihan ilmu luar biasa, sehinggalah perawat bertemu PRAWIS di mana pengasasnya adalah Tuan Guru Sahrizal Samdin, iaitu tuan guru mursyid kepada perawat sendiri pada masa kini.
Rentetan dari usaha mendalami ilmu termasuk ilmu perubatan, tuan guru banyak memberi tunjuk ajar dan kesedaran kepada perawat sendiri perihal Pencipta dan makhlukNya serta kaedah rawatan menangani gangguan jin dan serangan sihir ke atas pesakit-pesakit dengan menggunapakai kelebihan yang telah sedia diwujudkan Tuhan beserta penciptaan diri manusia itu sendiri. Atas saranan beliaulah, perawat cuba ikhtiarkan kaedah rawatan ini di sebelah utara tanahair dan menetap di pulau mutiara.
Kaedah rawatan yang perawat gunapakai ini adalah 100% dari upaya rohani insan dan TIDAK merawat dengan jampi serapah, mentera, pengagungan, penyebutan nama-nama syaitan atau orang-orang soleh, TIADA kekeramatan, TIADA penghormatan bintang-bintang atau malaikat, TIADA dampingan jin, ilmu kebatinan, olahan energi alam, TIDAK menggunakan alatan khusus/umum seperti kemenyan, keris, limau atau upacara tertentu seperti menurun, menjamu, membuang ancak, memuja kubur, memuja pantai, mandi safar, seru, tangkal, wafaq, korban, memukul-mukul badan pesakit, perilaku syirik, bid'ah, khurafat dan sebagainya semasa proses rawatan.
Kaedah rawatan yang dipraktikkan perawat adalah berdasarkan keilmuan dan pengalaman daripada tuan gurunya terhadap keupayaan dan kehebatan rohani insan sendiri, mengenali sikap jin dan perjalanan sihir.
Semoga Allah menggandakan ganjaran pahala ke atas tuan guru perawat dalam mengembangkan keilmuannya dan perawat-perawat yang berada di bawah bimbingan beliau dapat memberi khidmat rawatan yang melibatkan jin dan sihir atau sekurang-kurangnya menjadi tempat untuk masyarakat memanjangkan ikhtiar dalam usaha mencari penawar ke atas penyakit yang dihidapi.
InsyaAllah.
~Tuan Muhammad Faiz al-Prawis~
No comments:
Post a Comment