Sunday, March 19, 2017

Kaedah Rawatan

Masyarakat umumnya sudah sedia maklum andai disebut sahaja rawatan alternatif atau rawatan Islam, sasaran minda akan terus tertera perkataan Ruqyah. Apakah yang dimaksudkan ruqyah ini sebenarnya?

Perkataan "RUQYAH" berasal dari bahasa Arab, yakni kata Roqoo, Yarqii dan Ruqyatan yang bererti "Bacaan/Perlindungan". Sedangkan menurut syari'at Islam, ruqyah adalah bacaan yang berasal daripada al-Quran atau Hadis Nabi yang dibaca untuk memohon kesembuhan bagi yang sakit atau penjagaan bagi yang sihat. Selain daripada al-Quran dan Hadis, ia dikategorikan sebagai jampi yang sekiranya tidak bersesuaian dengan landasan syari'at, akan menjerumuskan perilaku ke dalam perbuatan syirik iaitu menyekutukan Allah SWT.

Kaedah ruqyah akan diulang-ulang bacaannya secara lantang ke atas pesakit dan sekiranya ada jin yang merasuk badan pesakit, ayat-ayat ruqyah yang bersesuaian pula akan dibacakan. Kemudian ayat-ayat ruqyah akan dibacakan pada air untuk diberi minum pada pesakit.

NAMUN, kaedah rawatan perawat ini tidak menggunakan kaedah cara ruqyah bacaan secara lantang. Pesakit dirawat tanpa dibacakan apa-apa ruqyah pun padanya.

Rawatan adalah 100% menggunakan kemampuan roh yang dijalankan dengan kaedah niat yang bersifat doa. Jika jin dan sihir ditundukkan oleh perawat ruqyah dengan bacaan-bacaan tertentu ke atas pesakit, sebaliknya perawat menundukkan jin dan sihir dengan kemampuan roh.

Justeru itu, umum boleh menyaksikan kaedah rawatan doa ini ketika sesi rawatan tetapi tidak semudah yang difikirkan masyarakat dan jangan sekali-kali dipraktikkan mengikut hati sendiri tanpa kefahaman dan pengijazahan ilmu daripada orang yang ditauliahkan mengijazah atau guru yang mursyid lagi arif dalam bidangnya. Kerana pokok pangkal ilmunya adalah Tauhid.

سيروا على بركَةِ الله


~Tuan Muhammad Faiz al-Prawis~

No comments:

Post a Comment