Sunday, March 19, 2017

Temujanji Rawatan

Hadis perihal ubat dan rawatan

Dari Jabir r.a. dari Rasulullah SAW sabdanya, "Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila tepat ubat suatu penyakit, tentu penyakit itu sembuh dengan izin Allah 'Azza wa Jalla." (Sahih Muslim : 2067)

**************************************************

Salah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, adakah kita perlu berubat?" Baginda menjawab, "Ya, wahai hamba Allah. Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit, melainkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit." Para sahabat bertanya lagi, "Apakah penyakit itu ya Rasulullah?" lalu baginda menjawab, "Nyanyuk." (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

**************************************************

Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kamu mencaci maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit ini) Allah menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi." (Hadis Riwayat Muslim)

**************************************************

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah menimpa seseorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit dan juga kesedihan bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengannya dosa-dosanya." (Hadis Riwayat Muslim)

**************************************************

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili, Rasulullah SAW bersabda,

"Apabila seseorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya. Allah memerintahkan:
1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya.
3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah pesakit menjadi pucat lesi.
4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya, maka berubahlah pesakit menjadi suci dari dosa.

Ketika Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat dan cahaya di wajah hamba mukmin itu.

Namun malaikat keempat, Allah tidak memerintahkannnya untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata, "Ya Allah, mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?" Allah menjawab, "Tidak baik bagi kemuliaanKu jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut."

========================================

UNTUK TEMUJANJI SILA HUBUNGI

Tuan Muhammad Faiz al-Prawis
011-1616 9942

RAWATAN ADALAH DI TEMPAT / RUMAH PESAKIT SENDIRI

{Pesakit diminta menyediakan HANYA AIR PUTIH / MINERAL SEBOTOL (1.5 Liter)}

Buat masa ini perawat bertapak di Pulau Mutiara (Pulau Pinang) di dalam pulau. Sekiranya rawatan di luar kawasan, mungkin melibatkan lebihan caj untuk tol, minyak perjalanan dan penginapan jika terlalu jauh. Sila hubungi perawat untuk pencerahan.

Khidmat rawatan lain:
*Urutan Badan
*Refleksologi Kaki & Tangan
*Mandi Bunga

Terima kasih.
سيروا على بركَةِ الله

Rawatan Menuruti Sunnah Berdasarkan Dalil

Dalam situasi berhadapan dengan pesakit yang kerasukan, kaedah menyoal jin yang merasuk dipraktikkan bertujuan mencari punca gangguan dan menyuruhnya agar jin keluar dan apabila ia enggan menuruti setelah diperjelaskan kesalahan mereka maka kaedah mengancam mereka dengan ancaman tertentu dilaksanakan seperti memukul jin tersebut tanpa menyentuh atau memudaratkan tubuh pesakit setelah proses rundingan gagal. Pada tahap paling akhir dan dipertimbangkan sebagai wajar maka jin yang tetap berdegil akan dibunuh. Setelah itu pesakit akan diberi air untuk diminum dan air untuk mandian di rumah.

Maka disimpulkan kaedah rawatan ini melalui 4 peringkat iaitu:

1. Menyoal, berunding dan mengancam jin
2. Memukul jin
3. Membunuh jin
4. Penggunaan air sebagai rawatan ke atas pesakit

Berikut adalah dalil-dalilnya:


1. DALIL MENYOAL, BERUNDING DAN MENGANCAM JIN

#Dalil 1. Abu Hurairah menangkap dan menyoalselidik serta mengancam Jin pencuri.

Imam Bukhari di dalam bab "Keutamaan Al-Qur'an" iaitu bahagian "Wakalah", mengenai sifat Iblis, dalam kitab sahihnya mengatakan bahawa Utsman ibnu al-Haitsam yang digelar Abu Amr mengatakan, telah menceritakan kepada kami Auf, dari Muhammad ibnu Sirin, dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan hadis berikut:

"Rasulullah SAW pernah menugaskan diriku untuk menjaga zakat Ramadhan (zakat fitrah). Lalu datanglah kepadaku seseorang yang terus mengambil sebahagian dari makanan, maka aku menangkapnya dan kukatakan padanya, "Sungguh aku akan mengadukanmu pada Rasulullah SAW". Lalu dia berkata, "Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku orang yang miskin dan ramai anak, serta aku dalam keadaan sangat memerlukan." Aku melepaskannya, dan pada pagi hari, Nabi SAW berkata padaku, "Wahai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan oleh tawananmu semalam?" Aku menjawab, "Wahai Rasulullah, dia mengadu bahawa dia sangat miskin dan ramai anak hingga aku kasihan padanya, maka aku melepaskannya." Nabi SAW bersabda, "Ingatlah, sesungguhnya dia telah berdusta padamu dan dia pasti akan kembali lagi."

Aku pun tahu bahawa dia akan kembali kerana sabda Rasulullah SAW yang mengatakan dia akan kembali. Untuk itu aku mengintainya, ternyata dia datang lagi, lalu dia mengambil sebahagian dari makanan itu. Maka kutangkap dia dan aku mengatakan, "Sungguh aku akan mengadukanmu pada Rasulullah SAW." Dia berkata, "Lepaskanlah aku, kerana aku miskin dan ramai tanggungan anak-anak. Aku taubat tidak akan kembali lagi." Aku merasa kasihan padanya dan aku lepaskan dia. Pada pagi hari, Nabi SAW bertanya padaku, "Wahai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawananmu malam tadi?" Aku menjawab, "Wahai Rasulullah, dia mengadukan keadaannya yang miskin dan punya ramai anak. Aku begitu kasihan padanya sehingga aku melepaskannya pergi." Nabi SAW bersabda, "Ingatlah, sesungguhnya dia telah berdusta padamu dan dia akan kembali lagi."

Aku intai untuk ketiga kalinya, ternyata dia datang lagi dan mengambil sebahagian dari makanan. Maka aku tangkap dia, dan kukatakan padanya, "Sungguh aku akan mengadukanmu pada Rasulullah SAW. Ini sudah kali ketiga, engkau katakan tidak akan kembali namun ternyata masih kembali." Dia pun menjawab, "Lepaskanlah aku, aku akan mengajar padamu beberapa kalimah yang akan membantu mendapat manfaat dari Allah kerananya." Aku bertanya, "Kalimah apakah itu?" Dia pun menjawab, "Apabila engkau tidur di katilmu, bacalah Ayat Kursi iaitu "Allahu laa ilaaha illa huwal hayyul qoyyum..." hingga engkau menyelesaikan ayat tersebut. Sesungguhnya engkau akan terus-menerus mendapat pemeliharaan dari Allah dan tiada syaitan yang berani mendekatimu hingga pagi hari." Maka aku lepaskan dia.

Pada pagi harinya Rasulullah SAW bertanya padaku, "Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" Aku menjawab, "Wahai Rasulullah, dia mengaku bahawa dia mengajarkan padaku beberapa kalimah yyang menyebabkan aku mendapat manfaat dari Allah kerana (membaca)nya, sehingga aku melepaskan dirinya." Rasulullah SAW bertanya, "Apakah kalimah-kalimah tersebut?" Aku menjawab, "Dia mengatakan padaku, apabila aku hendak tidur di katil, bacalah Ayat Kursi dari awal hingga akhir ayat, iaitu "Allahu laa ilaaha illa huwal hayyul qoyyum..." Dia mengatakan padaku "Engkau akan terus-menerus mendapat pemeliharaan dari Allah dan tiada syaitan yang berani mendekatimu hingga pagi hari."

Sedangkan para sahabat adalah orang-orang yang paling suka kepada kebaikan. Maka Nabi SAW pun bersabda, "Ingatlah, sesungguhnya dia percaya kepadamu, tetapi dia sendiri banyak berdusta. Wahai Abu Hurairah, tahukah kamu siapa orang yang kamu ajak bicara selama tiga malam itu?" Aku menjawab, "Tidak." Nabi SAW berkata, "Dia adalah syaitan."

Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah ini adalah:
1. Jin dapat ditangkap dalam keadaan tertentu
2. Jin juga mencuri walaupun harta halal (zakat fitrah) sekiranya tidak meminta perlindungan kepada Allah
3. Jin akan bercakap benar jika diancam atau tergugat
4. Jin boleh membaca ayat Quran tetapi hanya sedikit dan tidak boleh menghabiskannya
5. Jin banyak berdusta
6. Jin mampu memainkan perasaan manusia agar minta dilepaskan jika ditawan
7. Jin tiada upaya kemampuan mengganggu jika manusia meminta perlindungan kepada Allah

#Dalil 2: Ubay bin Kaab menyoalselidik Jin pencuri

Dari Ubay bin Kaab r.a., dahulu mereka memiliki suatu wadah tempat mengeringkan kurma. Di dalam wadah itu terdapat biji kurma. Pada suatu hari, mereka mendapati jumlah kurma di dalamnya berkurang. Maka pada suatu malam mereka menjaganya dan tiba-tiba ada suatu makhluk seperti seorang anak yang berumur baligh. Lalu aku pun memberinya salam dan ia menjawabnya.

Aku berkata, "Engkau manusia atau jin?". Makhluk itu menjawab, "Jin." Aku berkata, "Perlihatkanlah tanganmu!". Ternyata tangan itu adalah tangan anjing dan rambutnya pun rambut anjing. Aku berkata, "Beginikah bentuk jin?". Jin itu menjawab, "Engkau telah mengenal bentuk jin, tetapi di antara mereka ada lagi yang lebih menakutkan dariku." Aku bertanya, "Mengapa engkau mencuri?". Jin itu menjawab, "Aku mendengar bahawa engkau adalah orang yang gemar bersedekah, kerana itu, aku ingin mendapatkan sebahagian dari makananmu." Aku bertanya, "Apa yang dapat menghalangi kalian (golongan jin) dari mengganggu kami?" Jin itu menjawab, "Ayatul Kursi."

Setelah itu, akupun meninggalkannya, dan keesokan harinya aku mendatangi Rasulullah SAW dan menceritakan perihal tersebut. Lalu baginda bersabda, "Makhluk buruk berkata benar." (Hadis Riwayat Ibnnu Hibban)

Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah di atas:
1. Jin dapat ditangkap
2. Jin dapat menjadi pencuri di alam manusia
3. Wujud jin sangat hodoh (tangan seperti anjing dan rambutnya pun seperti rambut anjing)
4. Ayatul Kursi mampu mengusir jin.


2. DALIL MEMUKUL JIN

Kisah yang lain diriwayatkan oleh Abu Ubaid di dalam Kitabul Gharib nya, telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awwiyah, dari Abu 'Ashim as-Tsaqafi, dari As-Sya'bi, dari Abdullah ibnu Mas'ud, bahawa ada seorang lelaki dari kalangan manusia berangkat, lalu dia bersua dengan lelaki dari kalangan jin. Jin berkata kepadanya, "Mahukah engkau berkelahi denganku? Jika kamu dapat mengalahkan aku, aku akan mengajarkan kepadamu suatu ayat yang jika kamu katakan ketika hendak memasuki rumahmu nescaya tidak ada syaitan yang berani memasukinya." Maka manusia itu berkelahi dengannya, dan ternyata dia dapat mengalahkannya. Lalu si manusia berkata, "Sesungguhnya aku mendekatimu berbadan kurus lagi kasar, seakan-akan kedua tanganmu seperti tangan (kaki depan) anjing. Apakah memang demikian semua bentuk dan rupa kalian golongan jin, ataukah kamu hanya salah satu dari mereka?"

Jin itu menjawab, "Sesungguhnya aku di antara mereka adalah jin yang paling kuat. Sekarang marilah kita bertarung lagi." Maka manusia itu bertarung dengannya dan dapat mengalahkannya. Akhirnya jin itu berkata,

"Kamu baca Ayat Kursi, kerana sesungguhnya tidak sekali-kali seseorang membacanya bila hendak memasuki rumahnya, melainkan syaitan (yang ada di dalamnya) keluar sambil terkentut-kentut seperti suara keldai."

Kemudian ditanyakan kepada Ibnu Mas'ud, "Apakah yang dimaksudkan dengan manusia tersebut ialah Umar?" Ibnu Mas'ud menjawab, "Siapa lagi orangnya kalau bukan Umar."

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir, tafsir Ayat Kursi]

Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah di atas:
1. Jin mampu berkelahi dengan manusia
2. Susuk tubuh jin bersifat kasar
3. Tangan jin seperti kaki anjing
4. Jin ada yang kuat ada yang lemah
5. Jin mengeluarkan bunyi kentut seperti suara keldai bila dibacakan Ayat Kursi


3. DALIL MEMBUNUH JIN

#Dalil 1: Khalid bin Walid Membunuh Jin Uzza

Dari Abu Al-Thufail, beliau bercerita, "Ketika Rasulullah SAW menaklukkan kota Mekah, beliau mengutus Khalid bin al Walid ke daerah Nakhlah, tempat keberadaan berhala 'Uzza. Akhirnya Khalid mendatangi 'Uzza, dan ternyata 'Uzza adalah tiga buah pohon Samurah. Khalid pun lantas menebang ketiga buah pohon tersebut. Ketiga buah pohon tersebut terletak di dalam sebuah rumah. Khalid pun menghancurkan bangunan rumah tersebut. Setelah itu Khalid menghadap Nabi SAW dan melaporkan apa yang telah dia kerjakan. Ujar Nabi, "Kembalilah kerana engkau belum berbuat apa-apa." Akhirnya beliau kembali. Tatkala para juru kunci 'Uzza melihat kedatangan Khalid, mereka menatap ke arah gunung yang ada dekat lokasi sambil berteriak, "Wahai 'Uzza. Wahai 'Uzza." Khalid akhirnya mendatangi puncak gunung, ternyata 'Uzza itu berbentuk perempuan yang mengurai rambutnya. Dia ketika itu sedang menuangkan debu ke atas kepalanya dengan menggunakan kedua telapak tangannya. Khalid pun melibaskan pedang ke arah jin perempuan 'Uzza sehingga berhasil membunuhnya. Setelah itu Khalid kembali menemui Nabi dan melaporkan apa yang telah dia kerjakan. Ujar Nabi, "Nah, itu baru 'Uzza." [HR. An-Nasa'i, Sunan Kubro no. 11547, jilid 6 hal. 474, terbitan Darul Kutub Ilmiyyah Beirut, cetakan pertama 1411 H.]

Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah di atas:
1. Tuhan-tuhan yang disembah selain Allah adalah Jin
2. Pohon-pohon yang dikeramatkan itu tempat tinggal jin
3. Jin ada yang berjenis kelamin perempuan yang mengurai rambutnya
4. Manusia mampu membunuh jin dengan pedang

#Dalil 2: 'Ammar bin Yasir Berkelahi Dengan Jin Lalu Membunuhnya

Al-Imam Baihaqy meriwayatkan sebuah hadis dari al-Hasan, bahawasanya 'Ammar bin Yasir berkata, "Aku ikut bersama Rasulullah SAW pernah memerangi jin dan manusia." Seseorang bertanya kepadanya tentang memerangi jin dan 'Ammar bin Yasir menjawab, "Rasulullah SAW mengirimku ke suatu sumur (telaga) tempat baginda mengambil air. Lalu aku melihat syaitan dalam bentuknya. Dia menyerangku dan aku pun menyerangnya, sehingga kami terlibat dalam pergelutan. Suatu saat aku menghentam hidungnya dengan seketul batu sebesar tangan yang kutemukan."

Nabi SAW mengatakan, " 'Ammar bertemu dengan syaitan di sumur, dan dia membunuhnya." Ketika aku kembali, Rasulullah SAW bertanya kepadaku, dan aku pun menceritakan apa yang aku alami. Saat itu Abu Hurairah r.a. berkata, " 'Ammar bin Yasir mendapat pahala dari Allah dengan mengalahkan syaitan menurut ucapan Rasulullah SAW." 
Kesimpulan yang dapat diambil dari kisah di atas:
1. Jin akan terluka jika dipukul dengan benda-benda alam manusia
2. Jin boleh mati terbunuh oleh manusia
3. Manusia boleh melihat jin pada keadaan tertentu
4. Jin boleh menyerang manusia dan manusia juga mampu menyerang jin

4. DALIL MEMBERI AIR SEBAGAI RAWATAN KE ATAS PESAKIT

Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika dia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan penderitaan dan bencana." (Allah berfirman), "Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandian dan untuk minum." [Sad : 41 dan 42]

Kesimpulannya:
Berdasarkan penelitian dan pengkajian kaedah para sahabat menangani jin ini maka ianya tidak terhenti dengan cara ruqyah semata-mata bahkan ada cara yang pelbagai itu seperti yang diajarkan oleh tuan guru perawat. Oleh yang demikian cara rawatan perawat juga menuruti sunnah.

InsyaAllah.

~Tuan Muhammad Faiz al-Prawis~

Kaedah Rawatan

Masyarakat umumnya sudah sedia maklum andai disebut sahaja rawatan alternatif atau rawatan Islam, sasaran minda akan terus tertera perkataan Ruqyah. Apakah yang dimaksudkan ruqyah ini sebenarnya?

Perkataan "RUQYAH" berasal dari bahasa Arab, yakni kata Roqoo, Yarqii dan Ruqyatan yang bererti "Bacaan/Perlindungan". Sedangkan menurut syari'at Islam, ruqyah adalah bacaan yang berasal daripada al-Quran atau Hadis Nabi yang dibaca untuk memohon kesembuhan bagi yang sakit atau penjagaan bagi yang sihat. Selain daripada al-Quran dan Hadis, ia dikategorikan sebagai jampi yang sekiranya tidak bersesuaian dengan landasan syari'at, akan menjerumuskan perilaku ke dalam perbuatan syirik iaitu menyekutukan Allah SWT.

Kaedah ruqyah akan diulang-ulang bacaannya secara lantang ke atas pesakit dan sekiranya ada jin yang merasuk badan pesakit, ayat-ayat ruqyah yang bersesuaian pula akan dibacakan. Kemudian ayat-ayat ruqyah akan dibacakan pada air untuk diberi minum pada pesakit.

NAMUN, kaedah rawatan perawat ini tidak menggunakan kaedah cara ruqyah bacaan secara lantang. Pesakit dirawat tanpa dibacakan apa-apa ruqyah pun padanya.

Rawatan adalah 100% menggunakan kemampuan roh yang dijalankan dengan kaedah niat yang bersifat doa. Jika jin dan sihir ditundukkan oleh perawat ruqyah dengan bacaan-bacaan tertentu ke atas pesakit, sebaliknya perawat menundukkan jin dan sihir dengan kemampuan roh.

Justeru itu, umum boleh menyaksikan kaedah rawatan doa ini ketika sesi rawatan tetapi tidak semudah yang difikirkan masyarakat dan jangan sekali-kali dipraktikkan mengikut hati sendiri tanpa kefahaman dan pengijazahan ilmu daripada orang yang ditauliahkan mengijazah atau guru yang mursyid lagi arif dalam bidangnya. Kerana pokok pangkal ilmunya adalah Tauhid.

سيروا على بركَةِ الله


~Tuan Muhammad Faiz al-Prawis~

Latar Belakang

Anak kedua daripada empat beradik, anak kelahiran negeri Perak, tetapi dibesarkan di negeri Kedah tempat menetapnya ahli keluarga, bermastautin lama di Kuala Lumpur dan Selangor di mana tempat rezeki pekerjaan tetapnya dahulu, mula berkecimpung untuk mengetahui, mempelajari, mengkaji, memahami dan mempraktikkan ilmu perubatan seawal usia 15 tahun sewaktu zaman persekolahan lagi.

Dari sekolah rendah ke kolej menengah kemudiannya ke Universiti, berkesinambungan ke Madrasah Nurul Iman, Sik dan Madrasah Nurul Iman, Sg. Long, Cheras, telah merantau ke beberapa negeri dalam mencari guru-guru mursyid untuk mendekatkan diri lebih mengenali Pencipta alam selain berpekerjaan tetap.

Tidak dinafikan, ujian dalam mencari ilmu akhirat amatlah luar biasa tekanannya yang mesti dihadapi dengan sabar dan doa. Bertemu dengan beberapa orang arwah tuan guru selain orang-orang yang soleh dan orang-orang yang mempunyai kelebihan ilmu luar biasa, sehinggalah perawat bertemu PRAWIS di mana pengasasnya adalah Tuan Guru Sahrizal Samdin, iaitu tuan guru mursyid kepada perawat sendiri pada masa kini.

Rentetan dari usaha mendalami ilmu termasuk ilmu perubatan, tuan guru banyak memberi tunjuk ajar dan kesedaran kepada perawat sendiri perihal Pencipta dan makhlukNya serta kaedah rawatan menangani gangguan jin dan serangan sihir ke atas pesakit-pesakit dengan menggunapakai kelebihan yang telah sedia diwujudkan Tuhan beserta penciptaan diri manusia itu sendiri. Atas saranan beliaulah, perawat cuba ikhtiarkan kaedah rawatan ini di sebelah utara tanahair dan menetap di pulau mutiara.

Kaedah rawatan yang perawat gunapakai ini adalah 100% dari upaya rohani insan dan TIDAK merawat dengan jampi serapah, mentera, pengagungan, penyebutan nama-nama syaitan atau orang-orang soleh, TIADA kekeramatan, TIADA penghormatan bintang-bintang atau malaikat, TIADA dampingan jin, ilmu kebatinan, olahan energi alam, TIDAK menggunakan alatan khusus/umum seperti kemenyan, keris, limau atau upacara tertentu seperti menurun, menjamu, membuang ancak, memuja kubur, memuja pantai, mandi safar, seru, tangkal, wafaq, korban, memukul-mukul badan pesakit, perilaku syirik, bid'ah, khurafat dan sebagainya semasa proses rawatan.

Kaedah rawatan yang dipraktikkan perawat adalah berdasarkan keilmuan dan pengalaman daripada tuan gurunya terhadap keupayaan dan kehebatan rohani insan sendiri, mengenali sikap jin dan perjalanan sihir.

Semoga Allah menggandakan ganjaran pahala ke atas tuan guru perawat dalam mengembangkan keilmuannya dan perawat-perawat yang berada di bawah bimbingan beliau dapat memberi khidmat rawatan yang melibatkan jin dan sihir atau sekurang-kurangnya menjadi tempat untuk masyarakat memanjangkan ikhtiar dalam usaha mencari penawar ke atas penyakit yang dihidapi.

InsyaAllah.


~Tuan Muhammad Faiz al-Prawis~

Thursday, March 16, 2017

Jenis-Jenis Gangguan Alam Ghaib

*Ikhtiar Rawatan adalah Meliputi/Merangkumi tetapi Tidak Terbatas kepada...:*

* Kerasukan
* Kerap Pengsan Tanpa Sebab
* Histeria
* Sihir
* Santau
* Busung
* Gangguan Saka / Kelibat Jin
* Halusinasi
* Buang Susuk
* Buang Tangkal / Wafaq / Azimat
* Pukauan
* Tuju-Tuju
* Minyak Guna-Guna / Minyak Dagu / Minyak
   Pengasih
* Sakit Yang Luarbiasa Tanpa Sebab
* Sakit Misteri
* Gangguan Khadam Batu Geliga / Keris
   Pusaka / Barang-Barang Peninggalan Lama
* Kerap Melihat Jin
* Gangguan Misteri / Makhluk Halus Di Dalam
   Rumah / Pejabat
* Buang Ilmu Hitam / Ilmu Bathil / Ilmu Salah
   / Ilmu Kuno
* Mengesan (Scan) Gangguan Diri
* Pemulihan Rumah / Pejabat / Gerai / Kedai
   / Kilang
* dan lain-lain yang berkaitan...

Adalah dinasihatkan dan disarankan agar janganlah kita bersekutu atau berdampingan dengan perkara-perkara, perbuatan-perbuatan dan amalan-amalan yang tidak berlandaskan ajaran al-Quran dan Sunnah kerana berdasarkan pengalaman-pengalaman yang ditempuh oleh perawat, banyak terjadinya perkara-perkara berikut seperti:

* Hubungan Kekeluargaan Menjadi Kucar-Kacir
   dan Huru-Hara
* Hubungan Suami Isteri Berantakan / Kerap
   Bertengkar / Berbalah / Bergaduh Sehingga
   Mampu Membawa Kepada Penceraian
* Ketenteraman dan Kedamaian Rumahtangga
   Tidak Wujud Disebabkan Gangguan Makhluk
   Halus Di Dalam Rumah
* Hubungan Adik Beradik Menjadi Renggang
   dan Serius
* Anak-Anak Sentiasa Diganggu Makhluk Halus
* Isteri Kerap Diganggu Makhluk Halus
* Hal Keadaan Dalaman Rumah Yang Sentiasa
   Panas Beremosi
* Perniagaan Merosot Secara Drastik Tanpa
   Diketahui Punca
* Hubungan Silaturrahim Menjadi Terputus
   dan Bermusuhan Dengan Rakan / Kawan /
   Kenalan / Staf / Jiran Tetangga / Saudara-
   Mara Tanpa Sebab
* Gangguan Pada Jiwa, Emosi dan Fikiran
   Di Luar Kawalan Disebabkan Dampingan /
   Belaan / Ilmu Makan Tuan / Buatan Orang


~Tuan Muhammad Faiz al-Prawis~

Simtom/Petanda Gangguan Berkaitan Alam Ghaib

*Adakah di antara tanda-tanda ini berlaku pada diri anda?*

* Ditindih/  Dicengkam / Didakap / Dipaut /
   Didukung Benda Ghaib
* Kerapkali Lebam Tanpa Penjelasan
* Kerapkali Mimpi - Ngeri / Jelmaan Susuk
   Binatang / Dikejar Hantu / Tempat Kotor /
   Benda Kotor / Orang Tidak Dikenali /
   Susuk Jin / Tempat Tinggi / Hutan
   Belantara / Tumpah Darah
* Sawan Tarik / Sawan Tangis
* Kerapkali Sakit Kepala Tanpa Sebab
* Merasa Diri Diekori / Diperhati
* Nampak Kelibat / Susuk Jin / Lembaga
   Tidak Dikenali
* Badan Sejuk / Panas / Rimas Tanpa Sebab
* Gangguan Tidur Malam Yang Berulangkali
* Rasa Lemah atau Berat Pada Tubuh
   Badan atau Salah Satu Bahagian Badan
* Anggota Badan Dicuit / Dicengkam /
   Dicucuk / Disapa / Dicakar
* Rasa Mengantuk Berterusan Yang
   Berpanjangan dan Ingin Tidur Serta
   Malas Bekerja
* Angau Yang Melampau Pada Seseorang
   Walhal Tiada Hati dan Perasaan Padanya
* Sering Merasa Sedih atau Ingin Menangis
   Tanpa Sebab
* Rasa Marah, Panas, Rimas, Sakit Ketika
   Mendengar Ayat-Ayat al-Quran atau Azan
   Berkumandang
* Kerapkali Rasa Menggeletar, Kesemutan,
   Ditikam, Tertusuk, Terbakar, Panas dan
   Sakit Tanpa Sebab Pada Waktu-Waktu
   Tertentu
* Marah Tanpa Sebab, Tekanan Tanpa Sebab,
   Gelisah Tanpa Sebab
* Tidak Boleh Berdiam Diri Seperti Kerap
   Menggoyangkan / Menggedikkan Kaki dan
   sebagainya
* Tidak Boleh Duduk Di Rumah Kerana
   Rasa Seperti Terpenjara atau Tersiksa
* Kepala Sering Pusing-Pusing / Pening-Pening
   Tanpa Sebab
* Sering Rasa Mual dan Muntah Tanpa Sebab
* Rasa Gatal Di Seluruh Tubuh atau Bahagian
   Tertentu Tanpa Sebab
* Tangisan Yang Tidak Wajar atau Tidak
   Henti-Henti
* Sering Terdengar Bisikan / Nama Dipanggil /
   Hembusan Angin
* Sakit Yang Tiada Penjelasan Klinikal
   Setelah Dilakukan Pemeriksaan oleh
   Doktor atau Doktor Pakar tetapi
   Tiada Kesimpulan Yang Memuaskan
   atau Tepat...

Anda dialu-alukan untuk berikhtiar dengan kaedah rawatan alternatif atau Islam sebagai suatu usaha merawati simtom atau gangguan yang dialami... Mudah-mudahan dengan rawatan perawat, menjadi penawar masalah bagi diri anda...insyaAllah.


~Tuan Muhammad Faiz al-Prawis~