*MERAWAT KERASUKAN JIN PEREMPUAN PUAKA HUTAN*
Penghujung bulan Februari 2018, berlokasi di Batu Maung, Pulau Pinang, perawat menyelesaikan satu masalah pesakit remaja lelaki kerasukan jin perempuan berbangsa puaka hutan. Selepas zohor, perawat dihubungi oleh bapa saudaranya untuk datang ke rumah bagi ikhtiar merawat.
Seperti biasa, sesi bertemubual dan bersoaljawab diadakan antara perawat dan pesakit remaja. Ketika ditanya, pesakit menyatakan sudah hampir 5 tahun gangguan pada dirinya berlangsung. Umurnya masih muda lagi lepasan SPM tetapi telah diganggu setiap masa.
Antara simtom-simtom gangguan yang berlaku pada pesakit remaja lelaki ini ialah 100% kerasukan, susah tidur malam disebabkan gangguan, badan terasa panas dan sejuk, kepala kerap sakit tanpa sebab.
Ketika sesi rawatan bermula, tiba-tiba pesakit kerasukan. Tak semena-mena pesakit menangis tanpa sebab. Pada mulanya, bila ditanya perawat, jin tersebut tidak mahu menjawab. Bila dibuka kunci pada mulutnya, baru jin itu memberi kerjasama. Jin yang merasuk ini adalah jin perempuan jenis bangsa puaka hutan.
Bermula punca gangguan adalah di mana 5 tahun yang lalu, pesakit ini menghadiri satu sesi perkhemahan sekolah di dalam hutan yang pesakit sendiri tidak dapat mengingati tempatnya. Kebetulan ketika berada di sungai, pesakit telah diintai oleh jin perempuan puaka hutan ini lalu jatuh cinta pada pesakit dan mengikutinya sepanjang masa.
Jin puaka hutan ini tidak ada agama dan telah diberi tazkirah agama tentang hubungan sesama makhluk dan di-Islamkan oleh perawat dengan diberi nama Fatimah. Perawat mencantikkan tubuh jin itu sepenuhnya selepas jin tersebut melafazkan syahadah dan diberi pakaian yang cantik sebelum dipanggil satu jin lelaki yang bersesuaian dengannya untuk dijadikan jodoh bakal suami sebagai pengganti diri pesakit.
Setelah mengangkat sumpah dengan nama Allah di hadapan perawat, jin perempuan Islam bernama Fatimah ini keluar dari tubuh pesakit dengan tangisan terakhir sebagai tanda perpisahan. Pesakit kemudian tersedar dan dipulihkan semangat dan tubuhnya. Setelah mengesahkan dengan pesakit situasi dirinya telah betul-betul lega, lapang, tenang, ringan dan ada semangat, barulah rawatan selesai. Masa rawatan adalah 40 minit.
Kredit video dengan kebenaran pesakit.
Saksikan sedutan rakaman pada sesawang di bawah.
https://youtu.be/kS9iw9d9lz8
Teruskan bersama kisah pengalaman perawat yang lain dalam menelusuri jejak rawatan dan perubatan menempuh pengalaman misteri, aneh, ganjil dan pelik tetapi benar-benar terjadi di sekeliling kita.
~Tuan Muhammad Faiz PerIDaDo~
#fb:PerubatanIkhtiarDanDoa
#al-faiz-al-falah.blogspot.my
#perawat-islam.blogspot.my/p/khidmat-rawatan-islam.html?showComment=1499784962972&m=1
No comments:
Post a Comment