Sihir Nadzif ialah SIHIR PENDARAHAN iaitu sering berlaku pada golongan wanita, pendarahan yang keluar dari kemaluan wanita. Biasanya terjadi setelah berhentinya darah haid dan pendarahan ini akan berpanjangan sehingga berbulan-bulan mahupun bertahun. Nak beribadat pun tidak selesa nak berjalan nak ke mana-mana memang tak selesa. Setiap hari kena pakai tuala wanita.
Jin yang melakukan sihir ini amatlah jahat, ia memasuki dalam tubuh wanita melalui saluran darah dan setelah jin sudah sampai ke pangkal rahim jin ini akan menendang, menggoncang, melukakan sehingga pembuluh darah pecah dan menimbulkan pendarahan lebih dari jangka haid.
Sihir ini merupakan sihir yang membahayakan juga kepada wanita, pendarahan yang teruk boleh banyak kehilangan darah, boleh keguguran berulang kali dan rahim menjadi sakit lebih dari senggugut.
*Kisah Benar dari seorang bekas pesakit*
Saya terkena sihir ini selama 3 bulan. 3 bulan itulah saya keluar darah, saya pakai tuala wanita selama 3 bulan, ya.. 3 bulan bukan 3 minggu. Permulaan saya sakit ni, saya sakit perut yang amat sangat dari pagi petang malam sampai keesokan hari saya tak mampu dah nak tahan sakit saya ni, saya pergi hospital, jalan pun tak boleh, naik wheelchair sebab sakit dia Allahu Akbar Tuhan saja yang tahu. Nak gambarkan sakit tu tak boleh sebab sakit dia memang dahsyat saya terpekik melolong menggelupur atas katil kesakitan Allahu, susah nak terang sakit dia tu macamana.
Keesokan saya pergi hospital, doktor cakap saya kencing kotor. Oklah saya terima sebab saya kurang makan buah dan kurang air masak. Doktor bagi saya ubat antibiotik tahan sakit dan demam, seminggu saya telan ubat tak jadi apa-apa. Pun sakit semakin menggila... Allah.. dia je mengetahui saya masa tu macamana, makan tak lalu terbaring macam ayam sakit Allahu, sudahnya abah saya tak tahan tengok saya nangis terpekik, dia panggil ustaz yang berubat secara ruqyah, ustaz tu kawan abang saya, dia datang rumah suruh saya ambik wuduk pakai telekung siap, sudah dia mulakan bacaan ruqyah perut saya semakin menggila, tubuh saya panas, hati berserabut macam nak lari dari rumah, tapi saya tahan saya kawal diri, saya istighfar banyak-banyak masa tu. Selesai dia bagi saya air yang dibacanya, saya minum perut saya kurang dah sakit alhamdulillah saya boleh tidur malam tu dengan selesa, tak sampai 6 jam saya bangun dari tidur dalam jam 3 pagi, saya bangun perut saya sakit yang amat saya tak tahan nak pergi tandas, tiba-tiba saya rasa macam something nak kuar dari bawah cepat-cepat saya buka seluar dan Allahu Akbar, darah beku yang hitam sebesar hati lembu dengan bau yang hanyir keluar, Allah terkejut aku tak usah cakap hati saya tak keruan masa tu, saya pun bersihkan nak kejutkan mak abah masa ni tak sampai hati sebab diaorang pun susah hati tengok saya sakit, saya pun masuk bilik saya nak tido balik, saya terdengar macam macam suara di bilik saya, macam-macam bayang lalu di tingkap bilik saya macam-macam weh, tapi saya abaikan saya tido je.
Keesokan hari saya bagitahu la dekat mak abah saya, yang terjadi semalam dah la darah banyak beku hanyir pulak tu, sehari saya pakai tuala wanita night punya lebih 10 keping sehari, anda bayangkan la sampai macam tu banyaknya. Abah pun pergi lah tanya ustaz tu dia cakap, saya dah terlalu banyak makan makanan kotor sampai terlalu kotor diri saya ni. Terkejut abah saya, abah saya tanya ustaz tu, dia tahu tak sapa yang buat saya? Ustaz tu cakap itu di luar kemampuan dia, dia suruh saya mandi air limau minum air tawar dia sampai habis, saya turutkan je, dia cakap biarkan darah kuar...tu darah yang kotor. Ok saya sekeluarga ikut apa yang ustaz tu cakap, dan lebih dari dua minggu darah saya tak berhenti lagi dan semakin banyak keluar, mak abah saya semakin tak keruan tengok keadaan saya macam mayat hidup, saya pegi berubat darul syifa, saya pegi berubat situ sini tapi tak jadi apa pun darah tak berkurangan langsung, sampai satu tahap saya pergi klinik, saya tak larat gila dah, muka saya pucat lesi jantung saya berdegup perlahan saya bernafas pun tercungap-cungap, tak sampai sejam di check saya terpaksa dihantar ke hospital wad emergency, doktor cakap jantung saya lemah sangat, heart beat terlalu rendah Allahu saya fikir saya dah mati dah masa tu saya dibawa ke hospital naik ambulan ni-no-ni-no bising yang amat, sampai je hospital saya dihantar ke emergency, macam-macam doktor yang datang cina india melayu laki pompuan, habis check up saya, dan saya pun disahkan kena bermalam di hospital , sedih weh tak pernah saya duk sini, first saya kena takut bimbang semua ada, saya pun masuk la wad 1E untuk sakit perempuan, bermacam ubat doktor masukkan dalam tiub di tangan ni, sakit yang amat oi nak je nangis, pastu hari demi hari doktor tak tau kenapa dan punca saya berdarah tak berhenti dan tak kurang, sempat bermalam 3hari 2malam, dan akhirnya doktor bagi keputusan esok saya boleh keluar sebab dia tak tahu kenapa, dia tak leh buat apa, kalau duk sini siksa saya je dia ckp, dia bagi ubat tambah darah dan vitamin je, petang tu saya discharge hospital, saya balik je masuk bilik terus tido, saya tido sampai malam pukul 12 sampai terbangun sebab saya panas sangat, saya pergilah dapur buat air apa semua, main game before tido pastu saya ada nampak bayang besar lalu bilik saya pukul 2 3 pagi aduh, saya abaikan je dan bayang tu semakin besar dan besar dan ada dalam bilik saya weh, saya mengucap tak cukup nafas weh, dah la besar hitam legam ada di katil saya, telinga saya berdesing kuat sampai tak leh nak dengar apa-apa masa tu, dengar budak nangis budak suka-suka Allah takutnya saya pun bungkuskan diri dengan selimut, saya mengucap menggeletar tubuh sayak ketakutan last² tertido macam tu je.
Keesokkan hari saya cerita dekat abah ngan mak, abah saya pun masuk bilik saya, tak sampai 5 minit abah pucat macam takde darah muka dia, mak tanya kenapa dia cakap takde apa2, terus abah ambik wuduk dan solat, selesainya dia solat, dia cakap kakak malam ni tidur bilik mak dengan abah, saya tanya why? Dia kata jangan degil, dengar je ok saya pun pindahkan la bantal saya selimut saya apa semua dalam bilik, pastu pukul 3 pagi, mak saya tetiba terkejut pastu nangis katanya takut dia kejutkan abah saya, dan abah saya temankan mak saya sampai tidur.
Keesokkan hari, nenek saya suggest kat abah saya suruh bawak saya pergi berubat dekat Marang di perumahan Sungai Kerak, sebelum nenek saya sarankan abah saya ada call 1 makcik yang berubat ni, makcik ni nak sangat jumpa saya kalau boleh malam yang nenek saya call dia tu dia nak jugak jumpa saya, dia merasa saya ni ada something tak kena, dia tak sedap hati dengan saya.
Keesokkannya saya pun pergi la Marang nak pergi berubat, dia tengok saya je melangkah umah dia dah seriau dia cakap. Dia pegang saya nak scan saya, dia muntah weh, dia muntah sampai ada lalat hinggap di tubuh saya masa proses berubat...ya Allah terkejut makcik tu, dia cakap tak pernah pernah dia berubat pesakit ada makhluk yang datang, dia urut tubuh saya baca ayat al Quran dia muntah lagi, dia cakap terlalu kotor tubuh mu adik, saya tak bermaya langsung nak cakap, makan mak saya suapkan mandi mak saya mandikan semua mak saya, mak saya tanya dia tahu ke sapa buat? Dia cakap budak lelaki, dia buat macam ni sebab tak nak bagi saya kahwin dengan orang lain, ye la dah berdarah macam ni orang nak kahwin nak zuriat, paham paham je la kan dah berdarah sapa yang nak oi....tak sampai 4 hari darah saya semakin banyak, mungkin dia marahkan saya sebab saya ni cuba pulihkan sakit saya, lebih 7 orang saya dah berubat tak jadi apa, saya fade up saya tak nak dah berubat, saya tak tahan dah nak minum air tawar nak telan itu ini, tapi saya tengok mak abah susah hati tengok saya, diaorang penguat semangat nangis² diaorang sedih tengok saya fade up, dan saya pun bangkit demi mak abah saya, saya berubat lagi dan berubat lagi, sampailah saya jumpa seorang ustaz Kg Haji Awing yang merupakan kawan lama ayah saya, saya berubat dengan dia, dan alhamdulillah saya sembuh weh syukur tak terkata sangat tapi makan masa jugak saya nak sembuh, dekat sebulan la saya berubat dengan dia, hari demi hari darah saya makin sikit dan berkurang dan berhenti Allahu Akbar hebatnya kuasaMu..dan saya syukur sekarang saya baik dari sakit ni, Rata-rata saya berubat semua cakap laki yang buat dan dia pakai bomoh indonesia masa saya sakit dulu, ramai kawan abah mak mari melawat saya tengok keadaan saya, ramai yang histeria cakap indon weh seriau saya Allahu saya tak sangka saya boleh sakit setahap ni, dulu saya duk baca baca novel je pasal sihir ni, sekarang terkena dekat diri sendiri, ya Allah saya tak mau dah sakit macam ni, saya harap last saya sakit macam ni. Seksanya Allah je tahu, saya tak tuduh sesiapa pun yang buat saya, cuma saya nak cakap saya dah maafkan awak

(Petikan dari pengalaman perawat lain)